Menghina dan Hukumnya Menurut Islam

www.tips-fb.com
Untuk pengetahuan semua kutuk depan atau belakang sama-sama mempunyai dosa tetapi lebih besar dosanya kutuk belakang. Ini kerana adalah berdosa jika kutukan itu memalukan dan menjatuhkan maruah yang dikutuk dan pengutuk mesti meminta maaf kepada yang dikutuk kerana ia termasuk dalam kategori menyakiti hati orang lain.

Kalau nak kutuk sebab mahu nasihat atau mahu anda jadi lebih baik, sepatutnya mereka cakap secara elok dan baik, contohnya cakap (1 on 1) dan guna bahasa yang elok, atau apa-apa cara yang anda rasa boleh terima. Ia masih dikira mengumpat jika perkara itu menjatuhkan maruah dan membuatkan anda berasa malu. Namun ia dibolehkan sekiranya rakan anda berniat nak memperbetulkan anda dengan membincangkan tabiat anda itu dan bagaimana nak menasihati anda agar berubah.

Walau bagaimanapun kalau anda jenis yang tak kisah kalau orang kutuk depan-depan (ie tak terasa pon ko kutuk aku ni) maka ia adalah dibolehkan. Tapi yang mengutuk kenalah agak-agak dan berpada-pada dan paling penting jaga batasan-batasan berbahasa (takkan lah jenis yang tidak kisah bermakna tidak kisah langsung) Ini pula kalau kutuk belakang, Itu dah termasuk dalam kategori mengumpat. Dosanya adalah lebih besar daripada kutuk depan-depan.

Secara definisinya mengumpat ialah perbuatan memburuk-burukkan, mengata, menjatuhkan maruah orang lain tanpa orang itu mengetahuinya. Jadi apa-apa yang memburukkan atau menjatuhkan maruah si mangsa akan menyebabkan ia jadi berdosa. Walau bagaimanapun, mengumpat dibolehkan dalam keadaan tertentu.

1. Pemimpin yang zalim (contohnya: Firaun, Namrud dll)

2. Sebagai pengajaran dan peringatan (contohnya: Kisah-kisah teladan, jangan dekati rakan itu sebab dia pernah pukul orang/minum arak/bersosial dll)

3. Untuk "Describe Appearance" (mentafsir penampilan) seseorang kepada orang yang tak mengenalinya (contohnya: si A tu pendek dan gemuk orangnya – itu pon tidak boleh melampau)

4. Saksi (contohnya: Dalam mahkamah kena ceritakan kejahatan dan apa-apa yang berkaitan pasal tertuduh)

5. Untuk membetulkan sesuatu atau mengelakkan sesuatu menjadi lebih buruk (cthnya membincangkan perihal ulama'2 palsu, orang yang mempunyai akidah terpesong, ajaran sesat untuk kebaikan islam...)

Mari ambil pedoman dan nasihat dari ayat ini

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. " (Surah al-Hujurat ayat 11)

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. " (Surah al-Hujurat ayat 12).

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri. Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

[source]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket