Aku ke Philippines (Part 2)

www.tips-fb.com
image leech from weekendhaven.com
Sebenarnya perjalanan aku sudah dirancang seminggu dan simple sahaja... bawa 2-3 pasang pakaian dan terbang...kira macam hippie lah... plan terbang 12hb dan pulang 15hb tapi ada masalah pulak.. terpaksa postponed ke 13hb (masa tu harijadi aku)...kira seperti perjalanan untuk birthday la.. disamping tu.. sebenarnya aku ada maksud lain ke sana.. jeng jeng jeng... aku nak jalan2 release tension di sana.

Ketibaan aku di sana disambut oleh senyuman mesra awex2 yang menunggu di lapangan terbang Clark yang aku ingatkan sebelum ni terletak dekat dengan pusat bandar iaitu di paranaque city. Rupanya di Pampanga dua jam lebih jauhnya. Fuh... perjalanan mengambil masa selama 2 jam kerana kesesakan jalanraya maklumlah masa orang baru pulang kerja. Dengan menaiki bas Philtranco yang berhenti samada di Guadalupe station (php400) atau SM Ortigas (php300) aku bagi sekali dengan nilai tambang jadi korang yang plan ke sana tidak lah menggelabah nak kira nilai. Alternatif lain boleh menaiki Jeepney dari Clark ke Da'u yang mengambil masa 15 minit dan dari sana boleh mengambil bas ke Cubao yang tidak jauh dari pusat bandaraya. Ke pusat bandaraya tambang teksinya ialah (php300). Itu tambang dari cubao.

mulut dimuncungkan bagi menambah keseksian
Semasa di sana..saya memang kagum keindahan alam sekeliling dan tidak jauh bezanya dengan Sabah. Dan basnya mak datuk laju sekali maybe cecah 120km/j kelajuan dia. Tengah jam masih sempat speeding. Gila!!! Saya bercakap tentang semua bas di sana. Saya tiba di SM Ortigas Megamall dalam jam 6.30 petang dalam keadaan masih jetlag lagi. (nak tau apa jetlag, rujuk dictionary.com).

Hari Pertama

Masa tiba di SM Ortigas Megamall saya (bagus membahasakan diri aku...) aku ditunggu oleh seseorang. Jengjengjeng dan aku ditunggu di bahagian karousel atau kuda berputar di basement megamall tersebut. Yang saya perasan, masyarakat Filipina suka pergi mall. Mall itu penuh dengan orang seperti ada pesta berlaku walhal biasa2 sahaja.


Dari SM Megamall terus bergerak mencari tempat penginapan atau hotel. So, aku cari area Guadalupe yang boleh dikategorikan Kg. Air kalau di Kota Kinabalu. Memang sesak dan padat dengan orang ramai. (Kena hati2 dengan dompet masa di sini dan sila jaga passport anda kerana banyak kes ragut berlaku). Semasa di sana saya hairan rate penginapan dia yang dikira mengikut jam.. seperti 3 jam php250, 6 jam php550, 12 jam php800 dan 24 jam php1110 (kiraan php10=RM0.70) so saya ambik 6 jam kerana budget dan satu lagi nak bangun awal untuk bertolak ke tempat lain.

Lepas menyimpan barang apa semua, terus mencari makan. Satu masalah semasa berada di Filipina ialah makanan halal untuk umat Islam. Memang challenging.susah nak jumpa jadi saya ambil keputusan makan dunkin donut yang boleh didapati di tepi2 jalan di Manila dan bukan seperti di Malaysia, Dunkin' cuma boleh didapati di Mall atau di lapangan terbang. Harga sebiji dalam php12 sahaja. dan apa lagi saya ambik sekotak.hahahaha manis mulut saya dibuatnya dan juga menjadikan saya hyper.

Balik ke bilik tanpa membuang masa, saya terus tidur tanpa memperdulikan bunyi live band yang kedengaran kuat dari arah depan bilik hotel. Kemana saya atau aku nak pergi esoknya? Tungguuu... sesuatu yang lebih adventure lagi akan aku ceritakan kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket