Aku Ke Philippines (Part 3)

www.tips-fb.com
dalam bas
Saya telah terjaga awal pada 14hb Mei 2011 iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi. Almaklumlah saya akan berjalan jauh kali ini iaitu ke Los Banos, Laguna yang menggunakan lebuhraya selatan untuk ke sana.

Hari Kedua

Saya memang merancang perjalanan ini begitu awal kerana dengan masa yang terhad, saya akan menyaksikan sendiri UPLB (University of Philippines, Los Banos) dan juga ada sebuah masjid di sana... tetapi takkan tujuan saya hanya menyaksikan masjid saja.. sebenarnya, i wanna feel the culture dan oleh sebab itu saya cuba untuk merantau sendiri. 

Perjalanan saya adalah memakan masa selama hampir 2 jam 1 jam 15 minit dari Makati ke Alabang dan di sana kena bertukar bas lagi untuk ke Laguna. tambang adalah sebanyak 90 pesos (kali sendiri 70 sen bersamaan 10 pesos). 

Semasa di Alabang, saya (eh bagus pakai aku), aku ke SM Alabang... ( Aku heran di sana banyak guna SM rupanya SM merujuk kepada Shoe Mart tempat jual kasut). di sana.. dalam perjalanan nampak ada polis entertain orang awam yang mengadu baru saja diragut (aku boleh berbahasa tagalog walau broken) dan keadaan di mana sahaja, anda harus berhati-hati, jaga beg duit atau barang berharga, terutama passport anda. (Anda akan merasa benci amat sangat kalau hilang passport di Filipina).

on the way ke SM Alabang
Satu keadaan yang aku rasa heran dengan tabiat masyarakat Filipina, mereka amat sukakan shopping mall. boleh dikatakan sebelum buka, mereka sudah beratur di hadapan mall seperti nak tonton konsert. Keadaan yang unik, dari yang saya dengar mereka suka ke sana kerana itu saja cara untuk mendapat hawa dingin atau aircond. Satu lagi, cara mereka spend time dengan keluarga mostly ke shopping mall dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

 Selepas dari sana, aku meneruskan perjalanan ke Los Banos, Laguna, aku sempat membeli 2 jenis kuih untuk di makan dalam perjalanan;

Kutsinta
buko pie

Setiap satu berharga dalam 10php (70 sen wang Malaysia) Kutsinta sama dengan kuih kusui di Sabah cuma rasanya kurang manis.. dan dimakan dengan parutan kelapa. Sementara buko pie (buko bermakna kelapa) amat enak dimakan ketika panas. Di bahagian tengah buko pie ialah isi kelapa yang putih. Aku amat menyukai sekali rasanya.

Aku meneruskan perjalanan ke Los Banos menaiki bas dan membayar tambang sebanyak 50php. Perjalanan amat bagus sekali kerana sambil mendengar siaran radio yang rasanya lucu bagi saya.. saya sempat tertidur dalam perjalanan itu.. Nampaknya terpaksalah bersambung lagi... sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket