Aku ke Philippines (Part 4)

www.tips-fb.com
Sambungan yang lepas....

di mana aku berada
Semasa tiba di Los Banos, Laguna, aku merasakan berada di area Kota Marudu atau kawasan biasa semasa di Sabah. Dengan wajah-wajah yang hampir serupa dengan penduduk di Sabah, kebanyakan orang masyarakat di sini yang suka di panggil orang dari "probinsya" amat mesra. Almaklumlah masyarakat kampung yang memang suka bermesra dan sentiasa tersenyum. Memang ada terdapat perbezaan yang ketara dengan masyarakat sebelah Manila.

i feel welcomed and felt like home. 


Memang masyarakat Filipina amat mesra terutama dari kawasan luar bandar. One thing jangan anda lakukan semasa berada dikalangan mereka, it's a big No, No, to show your luxury. Jangan sekali-kali tunjukkan anda orang berada atau mempunyai wang yang banyak. Ini adalah kerana, mindset mereka yang asal sahaja pelancong, gerenti kaya atau banyak duit. Ini juga mengelakkan daripada anda diambil kesempatan oleh mereka yang terdesak. Jangan katakan aku tidak ingatkan korang pula.

Semasa berada di Los Banos, aku sempat ke UPLB (University of Philippines, Los Banos) iaitu salah satu cawangan University of Philippines yang sememangnya terkenal dengan lambakan pelajar dari luar negeri yang ramai termasuk dari Malaysia, Korea, Indonesia.....



Kursus yang terkenal sekali di sana ialah kursus dalam pertanian dan perhutanan. Kampus UPLB terletak di bawah kaki Gunung Makiling yang juga merupakan tempat yang sesuai untuk rekreasi terutamanya sesuai bagi jungle trekking dan orienteering. Suhu, mak datuk panas bukan main. aku terpaksa minum air dengan banyak kerana kerapkali berpeluh. Aku jenis cepat berpeluh seperti orang Eropah yang mudah berpeluh. (Bersambung lagi)....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket