Aku Dapat RM200

www.tips-fb.com
Fuhhhh!!! Susah bayangkan apakah kerja yang mudah dan anda dapat wang RM200 kurang dari 2 jam? Begini, aku telah terpilih untuk mengikuti satu sesi "survey" yang diadakan oleh Nielsen Company. Rasanya ramai tak tahu ini kompeni apa kan? Kompeni ni terdapat merata dunia dan mereka akan dibayar oleh sesuatu syarikat samada pengiklanan atau penjual produk untuk mewawancara orang ramai atau orang perseorangan. Tidak percaya, cuba tengok logo syarikat Giants dan anda akan lihat kajian yang telah dibuat oleh Nielsen Company.

Nanti korang google lah untuk penerangan lanjut mengenai syarikat ni. Kalau terangkan melalui sini tentu panjang sangat jadinya. So, aku nak cerita survey apa yang telah aku ikit, jeng jeng jeng. Ianya berkenaan SUV. Well, kereta SUV seperti Honda CRV, Nissan X-Trail dan sebagainya. Harganya biasanya mencecah RM100k ke atas. Dan bukan semua mampu memilikinya. Kalau tidak percaya, cuba google atau tanya pengedar terdekat.

Aku dijemput menjadi sasaran soal selidik ni pada tengahari tadi dan temujanji yang telah dibuat semenjak hari Jumaat lepas. Aku ingatkan soal-selidik ini dalam kumpulan, rupanya cuma saya seorang saja dan tempat pertemuan sepatutnya di Hotel Horizon tapi ditukar pada saat akhir di Mosaic Coffee House, Hotel Hyatt, Kota Kinabalu.

Pertemuan kami begitu santai sekali dengan hidangan pizza sebagai santapan tengahari yang menyelerakan sekali dan teh camomile yang enak dan menenangkan membantu aku menjawab persoalan dengan penuh konsentrasi tanpa ragu-ragu dan jitu. Banyak soalannya seolah memerangkap aku untuk salah jawab atau sengaja membuatkan aku keliru. Sengaja lah tu kan atau mungkin cara penyoalan mereka.

Ingat senang ke orang nak bagi duit. Tapi pada mulanya aku ingat FREE saja soal selidik ini kerana makan di Mosaic Coffee House pun sudah cukup mewah. Tentulah rasa bersyukur kan? Mestila sudahlah team bola faveret menang malam sebelumnya dan dapat pula makan pizza free.

Dari Nissan X-Trail hinggalah Mitsubishi asx. Dia meminta aku pandangan keistimewaan keduanya dan juga personafikasi kenderaan tersebut sekiranya kenderaan tersebut adalah manusia dan sifat mereka dari segi rohani dan sosial.

Mencabar bukan? Kalau fikiran yang tidak bersedia dengan persoalan seperti itu tentu akan merasa bingung dan keliru. Alhamdulillah terjawab juga semuanya dengan begitu baik sekali. Apa yang menggembirakan aku, sewaktu ingin berpisah, dia mengeluarkan sampul perang dan aku buka dalamnya ada RM200. Tidak sia-sia perjalanan aku selama 2 jam dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu. Itulah kerja aku pada hari ini yang rasanya begitu mudah namun memenatkan. Moralnya, turutlah sekiranya ada kaji atau soal selidik oleh Nielsen Company.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket