Aku Gagal!!

www.tips-fb.com
Hari ni aku lewat bangun sebab aku ingat masih awal lagi. Alamak... Terlajak jam 9 baru terjaga. Aduh aku kena repair masa aku ni. I mean kena motivate diri aku untuk bangun awal. Tanpa motivasi aku tak akan berjaya. Ganbatte!!!

Hari ni juga hari yang cukup bersejarah buat aku kerana setelah sekian lama aku tidak hadiri sekolah memandu, hari ni aku ambil balik ujian undang-undang berkomputernya. Kelmarin dalam bilik ceramah aku tertidur dengan jayanya. Tidur tanpa kompromi dengan diperhatikan pelajar lain. Malunya... Nasib tidak mengorok. Kalau tidak lagi extra malu. Mana nak letak kemaluan...

Setelah melakukan temujanji ujian, hari ni aku telah pergi ke Akademi Memandu JSL lagi untuk mengambil ujian berkomputer. Perasaan berdebar-debar juga. Sebab lama tidak mengambil ujian ni. Dulu ambil masih menggunakan ujian bertulis. Ada juga niat aku nak deal ngan owner tempat ni supaya lulus ujian ni sebab aku boring nak ambil.

Sepatutnya aku harus pergi ke akademi sebelum jam 3 petang tetapi atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan, aku telah pergi ke sana dalam jam 3:15 petang hayss dah lambat. Tapi tak apa aku berjaya juga sampai ke sana dan kelihatan tempat itu sunyi mungkin kerana hari Isnin. Cik manis di kaunter mengarahkan aku ke bilek Rilek untuk melakukan ujian. Sudah tidak seperti dulu rasanya.

Aku sempat bergurau senda dengan staff dalam bilik Rilek tu sebab dia terkejut betapa tingginya aku. Aku rasa biasa saja. Huhu ntah mungkin teknik mengorat hahahah. Perasan. Aku telah diberikan tempat iaitu di terminal 2 untuk mengambil ujian tersebut. Banyak sangat soalan yang mengelirukan dan membingungkan. Apa yang aku lakukan ialah tenang. Dengan bertenang aku dapat menjawab dalam tempoh masa 20 minit lebih dari tempoh masa sejam yang diberikan.

Begitu bersungguhnya aku mengambil ujian, aku LULUS ujian buta warna dan penglihatan. Flying colours result dia. Tapi setelah mengambil ujian undang-undang, isk bolehnya aku gagal. Markah lulus ialah 42 tapi aku dapat cuma 39 saja. Aku rasa kecewa sedikit tapi this is not the end. Aku akan cuba lagi pada jam 3 petang keesokan harinya. Insya Allah. Doakan aku berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket