Apa Sangat Keistimewaan Proton Preve Berbanding MyVi Extreme?

www.tips-fb.com
Aku tak tengok masa pelancaran proton preve kat TV tempohari. Aku tak kisah sebab aku tengah buat sesuatu yang lebih penting dari biasa. Aku cuma berkesempatan nampak kereta tu pada sebelah malamnya iaitu masa berita tengah malam TV3. Sekali pandang nampak biasa saja. Seperti melihat proton persona yang bontot dia naik sedikit. 2 kali pandang terlihat depan dia seakan-akan toyota vios sedikit dan "touch" proton Gen-2 masih ada sedikit.

Selalunya pengeluar kereta lupa tang pasaran kereta untuk di Malaysia sebenarnya lebih mengutamakan bentuk atau gaya dan kelebihan pada teknologi enjin dilihat nombor 2 oleh kebanyakan pengguna di Malaysia. Aku terus terang aku belum pernah sentuh pun kereta proton preve ini yang lebih kepada bentuk sedan tradisional.

Satu kelemahan kereta-kereta keluaran proton ialah pengunaan minyak kereta keluaran mereka yang ternyata masih ketinggalan berbanding dengan kereta keluaran perodua yang lebih mementingkan penjimatan dan keselesaan pengguna. Tidak percaya, tanya mereka yang menggunakan kereta MyVi atau Alza mereka pasti kata minyak tidak banyak digunakan.

Aku blog tentang proton preve ni pun bukanlah kerana aku ni "echo blogger" yang akan menurut trend blogging mengikut topik tertentu. Aku tiadalah memuji keluaran proton ni yang bagi aku tidaklah seberapa. Sama juga seperti keluaran sebelumnya. Yang cuma gah waktu baru keluar tetapi akan menjadi seperti biasa dalam masa setahun atau beberapa bulan berikutnya.

Aku bukan anti keluaran proton cuma aku tidak suka lah. Aku lebih menyenangi MyVi yang bagi aku MPV yang menarik dan terbaik. Walau sebenarnya kereta idaman aku SUV seperti Mitsubishi asx atau X-Trail. Tidak percaya, baca blog aku sebelumnya berkenaan aku dapat RM200.

Aku pasti mendapat MyVi aku dalam masa 2 minggu dari sekarang. Itu adalah harapan ku dan bukannya angan-angan yang belum pasti. Tidak percaya, tunggu entri aku dalam masa mendatang. Hehhehee.

p/s: Sekiranya terdapat typo untuk setiap entri aku harap dimaafkan kerana aku hanya menggunakan iphone ketika meng"update" blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket