Ayumi Hamasaki vs artis K-Pop

www.tips-fb.com
K-Pop sudah menjadi trend seluruh dunia dewasa ini. Mana ada anak kecil yang tidak tahu lagu Wonder Girls "nobody like you". Dan ramai antara anak-anak muda beserta yang tua cuba meniru cara berpakaian beserta menonton drama-drama mereka tang dimulai oleh Winter Sonata suatu ketuka dahulu walau nampak watak lelakinya, Jun Sang kulit mukanya nampak ketat kalah muka baby masih kecil.

Aku terus terang yang aku bukanlah peminat muzik K-Pop walaupun pernah menonton drama korea ketika merasa bosan dengan program lain di TV.

Ok, perasan tak anda yang muzik ala k-pop sudah bermula lama di Malaysia? Kalau anda pendengar muzik anda akan kesan fenomena muzik ini melalui muzik KRU, Feminin dan Elite. Melodi mereka adalah sama dengan muzik K-pop yang anda dengar sekarang. Maknanya, muzik Malaysia lah yang sebenarnya lebih maju 20 tahun lebih dari mereka.

Kalau kita ke negara jiran Korea iaitu Jepun, muzik mereka 50 tahun lebih advance dari muzik Korea. Tidak perly band B'z atau Glay. Cukup saja aku sorong Ayumi Hamasaki seorang yang muziknya penuh "soul". Persembahan penuh dramatik. Pokoknya, muziknya lebih maju dari muzik Korea. Kalau tidak percaya, cuba beli album Ayumi Hamasaki.

Buat penggemar muzik Malaysia, kita harus berbangga yang kita punya KRU yang lebih maju muziknya dari K-Pop walau aku sendiri bukan peminat KRU. Mungkin strategi pemasaran Korea tang lebih advance bolehlah dikatakan berjaya menakluk dunia selain muka yang palsu melalui proses pembedahan kosmetik yang boleh dikatakan Korea mempunyai teknologi paling selamat di dunia dalam proses tersebut.

Mereka juga memasarkan negara mereka melalui drama-drama dengan kisah pasangan teman lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai apa-apa hubungan tinggal sebumbung dan tidak melakukan "apa-apa". Bagi manusia normal, logik kah tu? Tentulah tidak. Mana ada seperti itu. Kan. Dulu lagu Hindustan yang walau mereka sedar dan ramai juga tak sedar yang menyanyi bukan Shah Rukh Khan dan sekarang muka halus yang kurus terkinja-kinja muka bedah plastik.

Cukup aku peminat Ayumi Hamasaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket