Berita oh Berita

www.tips-fb.com
Macam-macam berita yang kita dengar hari-hari. Ada berita gempa, filem baru, kereta baru, berita politik dan macam-macam berita lagi. Ada yang menghiburkan dan tidak kurang juga yang memualkan.

Aku paling suka tengok atau dengar berita yang terkini. Takut-takut juga kan ada bom depan rumah. Atau mana tahu ada zionis letak C4 dalam kasut aku. Tak naya macam tu. Tapi aku paling benci kalau dengar kisah selebriti bunting lah, apa lah, peduli apa aku dengan korang. Bukan aku nak tahu korang bunting kah suka makan apa kah. Orang bodoh saja peduli tenang itu.

Kalau berita sakit atau meninggal ok. Namun berita seperti ini masih boleh dikawal lagi dalam negara kita Malaysia. Cuba korang ke Indonesia. Walao weh kisah selebriti dia melebihi berita penting. Nak muntah pun ada aku dengar. Serius. Sampai brand baju apa yang disukai. Kalau ada di Malaysia macam begitu, dah awal-awal aku hantar kritikan terbuka ke stesen TV atau radio yang menyiarkan berita tersebut.

Banyak-banyak macam tu, yang paling best bagi aku berita politik Malaysia. Terutama berita RTM yang lucu. Macam budak-budak pun ada juga politikus ni. Ejek mengejek secara terbuka tanpa rasa malu. Nampak sangat kebodohan. Aku rasa siaran radio dan TV yang aku respek sangat iaitu IKIM FM dan TV Al-Hijrah yang lebih kepada keagamaan. Yang beragama Islam pasti setuju dengan saya.

Berita ni penting kita sering inginkan berita terkini termasuk berita yang menggembirakan terutama kenaikan gaji kakitangan atau jualan murah barangan tertentu. Satu lagi saluran untuk mendapat berita terkini iaitu twitter yang 96% kesahihannya. Berita cukup laju dan boleh kita dapat dengan cuma menaip nama berita dibrowser yang disediakan.

Diharapkan kita mendapat berita yang tepat sentiasa dan tidak berat sebelah seperti apa yang sering kita dapat sekarang. Cuma mereka yang bodoh saja ingin mempercayai berita yang ada sekarang ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket