Mansuh PTPTN

www.tips-fb.com
Aku heran apsal orang bangkit isu mansuh segala macam sejak kebelakangan ni. Semua nak mansuh.. Mansuh itu ini semua. Ada saja benda nak dipolitikkan. Di sini aku nak bercerita tentang pemansuhan PTPTN. Apa kamu rasa kalau tiada PTPTN? Mesti susah nak beli itu ini termasuk mee segera yang sedap dimasak selama 2 minit.

Biasanya PTPTN ini dipohon oleh mereka yang berasal dari keluarga susah atau kurang kemampuan bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup di ipt termasuk juga mereka yang ingin hidup berdikari tanpa bantuan dari ibu bapa. Kan semua itu cukup baik. Dari duit rakyat dijadikan bantuan pinjaman untuk rakyat. Tidak ada salahnya disitu.

Lain cerita boleh dikatakan orang yang melakukan bantahan terhadap PTPTN ialah golongan berkemampuan atau menuntut pelajaran percuma. Dan dipolitikkan juga oleh golongan tertentu dengan membuat pernyataan yang kebanyakan kolej atau IPT mendapat untung berlipat ganda dari PTPTN. Itu kan wang rakyat yang dilaburkan dan dipergunakan lagi dalam menjana ekonomi negara?

Aku bercakap bukannya kerana aku pro parti politik yang ada di Malaysia tapi aku bercakap sebagai seorang neutral dan melihat PTPTN dari pandangan aku sendiri. Aku suka kalau dapat pendidikan percuma di Malaysia ni. Untuk warganegara biarlah percuma. Tapi kena terima juga kos alatulis akan meningkat begitu juga cukai akan meningkat. Tidak kah itu akan menjadi satu bebanan yang lebih hebat lagi bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan kebawah?

Fikir secara sudut akal logika. Jangan cuma berfikir dari sudut yang satu saja. Bayangkan adik anda ingin menyambung pelajaran tapi tidak mampu? Takkan nak pinjam dengan Ah Long kan. PTPTN umpama penyelamat golongan pelajar miskin. Aku rasakan juga mereka yang pro mansuh PTPTN ni golongan yang disenarai hitam dari keluar negeri juga. Kalau dah berhutang tu, bayarlah jangan nak mengada-ngada dengan demo.

Pendidikan percuma tu memang bagus tapi tidak untuk masa ini. Sedangkan masuk tandas bayar 20 sen. Fikirkanlah sebagai seorang yang terpelajar.

(image from mynewshub)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket