Masih Ingat Dengan Mazuin Hamzah?

www.tips-fb.com
Masih kah korang ingat dengan Mazuin Hamzah atau Pengiran Bini Mazuin yang pernah menjadi isteri kepada adik Sultan Brunei iaitu Pengiran Sufri satu ketika dahulu? Tentu yang Generasi Y tak akan tahu siapa dia.. tapi Generasi X dan generasi sebelumnya pasti ingat akan dia yang juga pemain drum untuk band adik beradik Quinari M (M untuk nama-nama mereka adik beradik yang bermula dengan M). Dia bermain drum dan juga menyanyi. Cuma seorang lelaki dalam band tersebut iaitu abang nya iaitu Mazlan yang bermain keyboard. Jadi maknanya, Candy bukanlah band atau grup pertama di Malaysia yang majoritinya wanita... kumpulan ini cuma berpecah selepas ayah mereka meninggal dunia.. ada yang kata arwah ayah mereka ialah Allahyarham Hamzah Dolmat... entah betul entah tidak.. tak tahu.

Berita paling hangat berkenaan Mazuin adalah apabila dia dilamar oleh adik Sultan Brunei dengan wang hantaran RM1 juta yang boleh dikatakan amatlah besar ketika itu.. dan boleh beli macam-macam lagi. (Kalau korang tak percaya, tahun 80'an lah tahun paling hebat antara tahun-tahun yang ada). Ini kerana sebelumnya beliau sering mendapat undangan show ke Brunei ketika itu dan mendapat perhatian Pengiran Sufri ketika itu... Nak tengok wajah Pengiran Sufri haaa sebelah kiri ni. Inilah dia...

Boleh dikatakan percintaan mereka dikatakan cinta mereka adalah "cinta pandang pertama". Wallahualam. Itu cuma mereka dan Tuhan saja yang tahu. Lamaran keatas Mazuin dilakukan dengan jet peribadi Pengiran Sufri yang terbang khas dari Bandar Seri Begawan. Alhamdulillah, pinangannya telah diterima dan majlis pernikahan telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang. Ianya menjadi Wedding of the Decade dengan mengalahkan majlis Yusry dan Erra satu ketika dahulu. Setiap pergerakan mereka dikejar wartawan. Dari makanan kegemaran, hinggalah jenama minyak wangi yang dipakai semuanya diberi perhatian media. Dari majalah URTV hingga ke Variapop masa tersebut... memaparkan mengenai kehidupan diraja itu. Hinggakan ada pembaca yang naik muak baca (hehehehehe).

Berita mengenai Mazuin terus-terusan menjadi bahan pelaris majalah dan para wartawan masih tetap memburu mereka walau ke mana-mana sehingga lahirlah anak pertama mereka merupakan seorang puteri.
Segala makanan kegemaran Pengiran Anak juga diperhatikan sekali lagi oleh para wartawan yang kekeringan idea untuk mencari berita waktu itu. Sudahlah negara kita kecil, itu saja berita hiburan yang ada. Maklumlah masa tu tidak ada lagi program realiti kat TV yang mampu memecahkan lubang-lubang gosip (Eh.. apa aku cakap ni).

Pada tahun 2006, aku dan rakan-rakan telah ke negara Brunei untuk mengikuti pertandingan Tarik Kalat Piala Borneo (Pertandingan tarik tali). Jadi sempat aku merisik cerita berkenaan beliau. Apa yang aku dapat hanyalah berita yang mereka telah bercerai. Rasanya perkahwinan mereka kurang usianya dari 20 tahun. Dan Mazuin telah pulang ke Malaysia tanpa memakai gelaran diraja tetapi cuma memakai gelaran Hajjah. (Beliau telah menunaikan haji bersama Pengiran Sufri rasanya dalam hujung tahun 80an)

Tiada satu gambar pun disiarkan begitu juga dengan berita mengenai beliau di media massa. Cari-cari dalam youtube hanyalah lagu lama Quinary M dan juga berita perceraian Sultan Brunei dengan Azrinaz Mazhar. Cubalah wartawan cari berita mengenai Mazuin ni. Rindu juga rasanya dengan artis 80an ni. Mengapa perlu bersembunyi selepas perceraian? Apakah malu? Kalau malu, malu pasal apa? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Mari kita layan dulu video Mazuin Hamzah ketika muda dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket