Road to Wembley again

www.tips-fb.com
Ya itulah kegembiraan yang ditunjukkan oleh para penyokong pasukan Liverpool selepas pasukan tersebut menumpaskan pasukan yang juga orang kampung sendiri iaitu Everton dengan kedudukan 2-1. Perasaan itu juga diekspresikan dengan kesyukuran oleh para penyokongnya.

Saya sendiri mengalirkan airmata kegembiraan kerana ini kali kedua pasukan Liverpool ke Wembley tahun ini selepas melakukannya beberapa bulan yang lepas dan memenangi piala carling yang juga piala liga Inggeris.. Apakah LFC akan melakukannya lagi kali ini dengan memenangi piala FA pula? Semuanya akan terjawab pada 5hb Mei nanti.

Kemenangan merupakan objektif utama sesuatu permainan tapi sekiranya kalah, maka itu sudah adat permainan. Penyokong LFC ramai yang sudah matang dan tahu menilai baik dan buruk sesuatu tindakan dan tidak seperti satu pasukan "glory hunter" yang suka apabila pasukan mereka menang tetapi senyap apabila kalah.

Itulah keistimewaan Liverpool dan penyokong-penyokongnya. Tidak murah menjadi penyokong LFC. Ianya amat memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. Sejarah LFC yang panjang dan pemegang rekod 5 kali juara Piala Eropah dan paling banyak dalam kelab-kelab Inggeris tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sekiranya LFC menang pada bulan Mei maka kemenangan itu besar ertinya buat saya juga kerana ia umpama hadiah harijadi awal yang saya sambut pada 13hb Mei. Jadi saya akan meraikannya dengan riang. Diharapkan Liverpool akan berjaya dan gema lagu You'll Never Walk Alone akan bergema di Wembley lagi. Salam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket