Erti Kemajuan

www.tips-fb.com
Apa erti kemajuan bagi kita? Kadangkala antara kita mengagungkannya dengan nada lantang. Menjadi bualan harian hingga tahap ekstrem. Apakah erti kemajuan itu dari sudut kebendaan dengan tersergamnya bangunan-bangunan tinggi dan pencantasan pokok-pokok besar?

Dewasa ini ramai menganggap kemajuan itu apabila berdirinya pusat-pusat membelibelah dengan banyaknya dan itu adalah suatu kebanggaan bagi mereka. Apakah pemikiran seperti ini yang ingin kita terapkan dalam mengenal kemajuan hakiki?

Cuba kita lihat di Kota Kinabalu sendiri banyaknya pusat membelibelah yang tersergam indah dan banyak yang masih kosong kerana tidak mempunyai penyewa. Nah, itu merupakan suatu kedaifan pemandangan yang kurang baik apatah lagi belum satu bangunan itu penuh, sudah dibina yang baru.

Suatu ketika, pernah ada cadangan oleh seorang politikus untuk merobohkan Menara Jam Atkinson yang juga merupakan mercu tanda Kota Kinabalu hanya kerana mencadangkan untuk pembinaan sebuah kompleks membelibelah di kawasan tersebut. Cadangan itu telah mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari penduduk yang prihatin dengan keadaan semasa.

Samada sedar atau tidak, pemikiran seperti ini juga ada dalam diri kita sendiri bukan hanya sang politikus tua yang ingin meraih populariti picisan. Kita harus mengkaji erti sebenar kemajuan yang asas sebelum memandang kebendaan.

Bagi aku, kemajuan asas itu adalah dari dalam diri sendiri iaitu ilmu dan kematangan fikiran beserta dengan kewarasan. Kemajuan itu hendaklah dicari dengan menimba ilmu sebanyak mungkin kerana seorang ilmuwan akan merasa dirinya masih kurang berilmu walau sudah banyak dipelajarinya.

Oleh itu, marilah kita bersama memandang ketinggian ilmu serta kebijaksanaan adalah suatu kemajuan. Janganlah kita terlalu memandang kebendaan kerana itu hanyalah sementara sedangkan ilmu boleh disebarkan kepada orang lain dan diamalkan. Dengan pergi ke sekolah dan pembinaan sekolah-sekolah beserta kajian-kajian terbaru boleh dipandang sebagai suatu kemajuan. Hendaklah kita angkat dan martabatkan perkara tersebut demi masa depan kita dan negara.

Hendaklah kita tolak ideologi pembinaan banyak bangunan tanda kemajuan dari diri kita dan sekitar. Memadailah dalam tuntutan keperluan. Kita tidak ingin projek-projek gajah putih berselerakan di muka bumi ini. Ayuh... Majukan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket