Pernahkah Kamu Bertemu "This Man"?

www.tips-fb.com

"EVER DREAM THIS MAN?
every night throughout the world hundreds of people dream about this face"


Pernah lihat tak wajah ni? Mesti ada berkata ya dan ada berkata tidak dan ada juga berkata seperti pernah lihat. Tahu tak wajah  ni datang ke mimpi beribu orang di dunia ni. Kalau tidak percaya, baca lama sesawang dia di sini.

Dakwaan mereka ada yang mengadu mereka umpama kekasih mereka hinggalah sebagai pasangan hubungan sejenis atau homoseksual. Dan secara kebetulan pula, wajah "This Man" saling tak tumpah seperti "The Dream Man" satu karakter fiksi dari drama bersiri Twin Peaks yang terkenal pada hujung tahun 80'an.. Lupa dengan Twin Peaks, Baca di sini. Dan watak "The Dream Man" tersebut adalah seperti di bawah ini;


Nampak tak persamaannya? ada sedikitkan? Tapi menurut pengakuan orang yang termimpikan ia kebanyakannya tidak mempunyai televisyen. Siapakah dia? Pelikkan? Namun ada juga pihak yang menganggap ini sebagai satu lawak tidak lucu dan memberi kenyataannya sebagai "hoax" atau satu site untuk promosi pra-pelancaran sebuah filem. Menurut blog Tosh dari Comedycentral.com, memberi kenyataan yang laman sesawang tersebut hanyalah satu penipuan  internet yang terkini dan blog tersebut ditulis pada 2009. Tapi siapalah nak ambil serius kata-kata seseorang terutama dari comedycentral.com.

Lagi satu, kisah ini hanya bermula pada tahun 2000 dan kisah Twin Peaks berakhir pada hujung Jun 91. Takkanlah ada lagi orang nak menonton filem itu yang kalau ditonton masa sekarang agak membosankan dan tidak relevan dengan zaman kecuali "remake". Satu teori lagi yang dinyatakan oleh seorang teman di Facebook iaitu Lionel Wong menyatakan teori yang "This Man" ialah Sandman atau pun Morpheus... boleh dikatakan Dewa Alam Mimpi... (Wallahualam).

Kalau teori aku pula, merupakan orang seperti Al Calavicci dari Quantum Leap yang terperangkap dalam alam masa. (terlalu banyak tengok TV aku ni). Walau bagaimana pun, "This Man" adalah suatu misteri dan boleh menjadi "Urban Legend". Cuba anda fikirkan sekiranya anda bermimpi bertemua dia......

(kudos untuk @faliqfahmie kerana membuka topik ni di twitter)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket