Perkara tak logik dan tak ada dalam hadis dan Quran dilakukan orang di Bulan Ramadhan

www.tips-fb.com
Dah minggu ke 3 kita berpuasa dan semakin hampir kita kepada Aidilfitri. Namun dalam menyambut Ramadhan ini ada juga benda tak logik atau tak masuk akal yang dipercayai atau diamalkan oleh umat Islam.

Contoh pertama ialah seperti faedah menunaikan terawih pada setiap malam ramadhan contohnya seperti pada "Malam pertama mengerjakan terawih maka akan diampunkan dosa-dosa seperti bayi yang baru dilahirkan". Sebenarnya benda ni tidaklah wujud dalam mana-mana hadis dan Quran. Perkara ni cuma rekaan semata-mata sama seperti "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Tetapi masih ramai umat Islam yang menyatakan yang perkara tersebut adalah sahih.

Satu lagi benda yang menjadi kepercayaan segelintir umat Islam di negata kita iaitu malam 7 likur. Bunyinya sama seperti keropok lekor kan? Untuk pengetahuan kita senua yang malam tersebut tidaklah wujud seperti yang diperkatakan. Dan pada malam tersebut ramai umat Islam memasang pelita dengan tujuan memberi laluan kepada malaikat. Sebenarnya perkara ini tidaklah wujud dalam mana-mana hadis pun begitu juga nas dari al-quran.

Benda-benda seperti ini bolehlah dikatakan sebagai bidaah dan bidaah itu boleh membawa kepada khurafat dan khurafat itu membawa kepada dosa. Tetapi sekiranya memasang pelita itu dilakukan dengan niat bagi memeriahkan malam Ramadhan dan tiada kaitan dengan malam 7 "lekor" maka perkara tersebut adalah digalakkan sekali.

Diharapkan perkara seperti ini hendaklah kita tidak amalkan. Amalkan saja yang sunat atau wajib maka akan berlipat gandalah pahala kita. Janganlah kita lakukan sesuatu yang sia-sia kerana tiadalah pahala bagi perkara tersebut. Apatah lagi apabila kita melakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan riak maka neraka lah bagi kita. Nauzubillah.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket