Dark Funeral "LIVE" di Kota Kinabalu

www.tips-fb.com
Seperti yang sepatutnya sudah ramai yang berbicara tentang berlangsungnya konsert Dark Funeral di Kota Kinabalu pada Selasa bersamaan 27hb November 2012. Terus terang aku katakan yang aku bukanlah fan band tersebut. Aku lebih kepada muzik prog. Bukan juga aku membenci cuma tidak berapa minat.

Dalam pada itu, sahabat aku c Taufik seorang peminat tegar Dark Funeral telah membeli pre-sale tiket bersama seorang teman lagi iaitu Anton. Tiket pre-sale itu yang sepatutnya boleh diambil pada hari konsert berharga RM65/orang. Aku pada hari tersebut bangun lewat iaitu sekitar tengahari dan langsung menelefon Taufik yang begitu "excited" dengan gig tersebut.

Pada sekitar jam 3 petang aku menelefon dia. Dan selepas itu dia menghantar sms yang konsert dibatalkan kerana ketidak munculan penganjur atau promoter konsert tersebut yang sepatutnya juga diadakan di Razz-Ma-Tazz, Kota Kinabalu. Promoter tidak menunjukkan batang hidung atau pun berita dan apa yang dikhabarkan yang dia menyatakan yang adiknya telah terlibat dalam kemalangan dan kondisi adiknya tidak stabil. Wallahualam.

Apakah benar atau tidak itu tidak pasti. Apa yang membingungkan ialah tiada kenyataan yang jelas dari pihak promoter dan ramai metalhead yang telah menunggu lama dari serata tempat telah datang dan ada yang datang dari Bintuli dan negara Brunei juga. Aku ke sana untuk melihat situasi apa yang berlaku sebenarnya walaupun ada juga niat mendapat tiket murah separuh harga.

Ini juga menimbulkan kegeraman dikalangan metalhead di seluruh negara Malaysia. Untuk mendengar kisah lanjut mengenai pembatalan bolehlah membaca di http://superasha.blogspot.sg/2012/11/dark-funeral-tour-live-in-malaysia.html .Aku ada mencadangkan untuk mengadakan kutipan kilat memandangkan perasaan simpati terhadap band yang menebal. Mungkin kerana sifat kemanusiaan yang menebal walau mereka adalah sebuah band Black Metal. Untung saja bukan saja aku yang bersuara dan perkara ini telah didengar oleh pihak majalah Karisma (www.majalahkarisma.com). Kutipan telah dibuat iaitu RM10/orang secara ikhlas dan kutipan yang dibuat secara total adalah sebanyak RM870.

Bukan kerana wang yang penting tetapi apa yang berlaku adalah suatu yang amat memalukan kepada negara. Kita tidak tahulah apa yang difikirkan oleh ahli kumpulan Dark Funeral. Hanya Allah saja yang tahu. Berikutan itu juga pihak promoter telah mengumumkan pembatalan jelajah Malaysia itu pada hari Jumaat selepas menurutnya yang Dark Funeral tidak muncul di lapangan terbang Bayan Lepas?

Setahu aku yang mereka masih berada di Kota Kinabalu dengan penuh ketenangan kerana pada malamnya iaitu Khamis aku ada bertemu mereka bertanya khabar. Nasib sahaja belum ada yang "cedera" setakat ini. Pihak promoter juga telah berjanji bagi mengembalikan wang pembelian tiket itu dengan meminta nombor kad pengenalan? Dan nama pembeli. Entah apa ingin dilakukan dengan nombor kad pengenalan itu. Kan lagi bagus meminta akaun bank kerana tiada pun diminta nombor kad pengenalan sewaktu membeli tiket sebelumnya.

Promoter tersebut Vokill Records dikepalai oleh Syah Rizal boleh anda hubungi di:

Mohd Shah Rizal,
23-3-33, Taman Wilayah Selayang,
Jalan 9/2A Batu Caves,
No. Tel: 0176255487, 0173717187, 0321625777

Dan apa yang melucukan yang sudah ada pos meme mengenai dia di 9GaG iaitu di
http://9gag.com/gag/5950088

Sekarang Dark Funeral sudah tiba selamat di kampung mereka di Stockholm, Sweden dan diharapkan ini bukanlah kali pertama dan terakhir mereka untuk datang ke Kota Kinabalu, Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket