Al-Fatihah: Selamat Jalan Jejai

www.tips-fb.com
بسم الله الرحمن الرحيم

Asalamualaikum buat semua. Aku dapat rasa yang aku bukan layak membuat blog entri ini. Tapi kerana aku sendiri rasa terkilan atas pemergian beliau, maka aku aku laksanakanlah.

Pada hari ini 12hb Febuari 2013, Jejai atau nama sebenar Azhar bin Ramli telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya lebih kurang jam 3 lebih petang tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak iaitu dari yg tua Najmi, Najwa, Najiha dan Najuma.

Arwah yang dilahirkan pada 11hb Febuari 1971 sempat menyambut harijadinya yang ke-42 kelmarin. Blognya iaitu http://www.teratakarmo.com telah terhenti kemaskininya pada bulan Ramadhan tahun lepas iaitu pada 5 Ohos 2012 berkenaan tempat untuk berbulan puasa yang menyelerakan di Shah Alam, Selangor. Allahyarham yang berasal dari Miri, Sarawak berketurunan Jawa dan Melayu Brunei. Dia adalah yang kedua dari 5 adik beradik bermula dari yang tua iaitu Azlan, Azhar (arwah), Azlin, Azlina dan Azrul.

Aku sebenarnya merasa terkilan kerana arwah ingin bertemu dengan aku. Tetapi kerana komitmen tugas aku, aku tidak dapat bertemu dengannya. Aku cuma dapat sedekahkan Al-Fatihah dan bacakan surah Yassin sahaja buat arwah. Pesan dari ahli keluarga Allahyarham ialah dia amat berterima kasih atas usaha semua teman-teman dan serta doa semua. Arwah bukannya tidak menghargai semua itu tetapi dia cuma tidak mahu menyusahkan orang. Lagi satu sikap arwah yang dia seorang yang suka berahsia. Sebab itu ramai tidak tahu keadaan dia hingga saat akhir.

Terima kasih untuk hashtag #savejejai di twitter yang bertujuan mengumpul dana perubatan Allahyarham. Tapi mungkin beginilah takdirnya. Sang Pencipta lebih menyayangi dirinya. Dia pergi akibat penyakit barah yang parah. Pesannya adalah buat yang merokok, masih ada masa untuk berhenti dan mengamalkan hidup yang sihat.

Aku akhiri entri kali ini, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan kalau ada salah dan silap Allahyarham, ampunkanlah dia. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan arwah semasa hidup, bolehlah nyatakan pada ruangan komen di bawah. Atau emailkan terus kepada aku di ajmdaz@icloud(dot)com atau tweet terus kepada aku di twitter untuk aku @ajmdaz. Di bawah ini adalah foto-foto terakhir arwah semasa melawat kedua orang tua dan adik beradik serta saudara dan sahabat handai di Kuching dan Kuala Lumpur.



Allhyarham Azhar bin Ramli @ Jejai


Allahyarham Jejai bersama Azlan (abang kesayangan), ayah (kopiah putih) dan anak saudara Qoish 


Allahyarham Jejai besama isteri (tengah) dan adik, Azlin bersama anaknya, Qoish


Arwah bergambar bersama sahabat baiknya, Rosham Noor semasa beliau melawat Allahyarham


Allahyarham bersama dengan adik kesayangan Azlina (DJ Nana Sarawak FM) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket