Apa Itu Keek?

www.tips-fb.com
Mungkin ramai yang belum tahu apa benda tu Keek. Kalau Instagram, mungkin ramai tahu. Bagi penggemar lomografi, instagramlah tempat mereka mempamerkan kesenian Lomo mereka dan ada juga beberapa jurukamera meletakkan hasil fotografi mereka dalam instagram yang ternyata mengundang ribuan malahan jutaan penggemar seni fotografi datang melihat dalam apresiasi tersendiri.

Tapi bagaimana pula dengan Keek? Kalau anda berminat dalam seni fotografi, haa ini untuk seni video pula atau vlogger lah lebih kurang. Dia beri setiap entri 35 saat rakaman video dan terpulanglah pada anda nak buat apa dalam 35 saat tersebut. Aku sendiri sudah daftar dan memuat turun aplikasi tersebut ke iPhone aku.

Aplikasi ini cuma terbuka untuk iOS, Android dan Laptop atau PC. Jadi dia belum ada untuk Blackberry. Mungkin akan datang ada lah kan. Caranya anda cuma perlu masuk ke http://keek.com dan arahan memuat turun akan tersedia sekiranya anda menggunakan telefon bimbit. Muat turun, dan daftar dengan mudah samada menggunakan akaun twitter atau facebook.

Lepas itu, anda cuma perlu isikan keterangan serba sedikit sahaja. Dan akaun Keek aku berada seperti akaun twitter aku @ajmdaz sementara Keek pula di http://keek.com/ajmdaz dan aku belum ada follower lagi walau sudah 3 video dimuat naik. Hahahha kesian. Tapi tak mengapa mungkin nanti ada lah kan.

Selamat mencuba.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket