HOT : PRESS BUKTIKAN MEDIA FILIPINA DIBAYAR UNTUK MEMBURUKKAN IMEJ MALAYSIA.

www.tips-fb.com

Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah(PRESS) menyangkal dakwaan melalui laporan media luar negara kononnya terdapat warga Filipina, khususnya yang berketurunan Suluk, ‘dikasari’ pihak berkuasa Malaysia ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Setiausahanya, Mohd Zaki Harry Susanto berkata berdasarkan maklum balas dan pemantauan anggota persatuan itu, ternyata laporan berkenaan hanya satu tohmahan yang sengaja dibuat untuk memburukkan imej negara ini di mata dunia.


“Apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka (warga Filipina) boleh mencari makan dengan baik di negara Malaysia yang tercinta ini, dan tiada masalah bagi mereka untuk menikmati kehidupan seperti keadaan sebelum ini.

“Jadi, tidak benar mereka dilayan sedemikian rupa seperti yang digembar-gemburkan oleh media luar negara, malah kami juga difahamkan tiada laporan polis dibuat berhubung isu (warga Filipina dikasari) setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di Sembulan hari ini.

Mohd Zaki juga menyangkal dakwaan terdapat pemusnahan dokumen pengenalan diri sama ada kad pengenalan, pasport atau dokumen IMM13 di kalangan suku kaum Suluk di Sabah.

“Setakat ini, tiada laporan polis dibuat berhubung perkara ini, dan kalaulah ada orang Suluk yang memegang dokumen yang tulen dan dokumen mereka telah dimusnahkan oleh pihak tertentu, kami merayu kepada mereka untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal sementara di negeri ini.
Mengulas penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau membuka kertas putih seperti yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin

Hussein, Mohd Zaki berkata persatuan itu menyambut baik idea berkenaan dan berharap pewujudannya akan membersih persepsi negatif  terhadap etnik Suluk tempatan di Sabah.

“Kita juga mahu tahu siapa ‘dalang’ pencerobohan pengganas ini dan apa puncanya?” katanya.

(Sumber)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket