Ampunkan Aku

www.tips-fb.com

Pos pagi tadi aku dah padam... Aku tau kadang2 pos aku buat orang rasa kecil hati apa lagi sakit hati. Aku tidak layak menghukum sesama manusia. Aku manusia, aku khilaf, tegurlah segala silap aku atau ingatkan aku apa yang aku lupa. Walau ianya sekadar janji nak belikan sebiji gula2 kerana janji tetap janji kecuali lah keadaan aku kebelakangan ni buat aku tertekan atau orang kata "stress" tapi aku sabar dan terus sabar. 

Bila seseorang manusia tu buat silap, janganlah pula kenakan manusia yang lupa atau silap itu dengan sindiran. Sebab bukan semua manusia akan ongat atau terasa. Terutama aku. Aku sedar aku silap tapi janganlah buat2 statement luka kan hati orang macam "siapa nak jadi ATM bergerak saya". Itu akan melukakan hati sesetengah orang. 

Kerana marah, selalunya syaitan akan suka dekat dengan kita. Syaitan lebih sukakan orang marah dari berkasih sayang kerana syaitan sudah tujuan dia begitu bila marah, dia akan tambahkan api kemarahan itu lagi dan apabila benda itu tidak benar, maka apabila benda seperti pergaduhan terjadi, dia akan ketawa, dan ketawa sekuat-kuatnya kerana misinya sudah berjaya. 

Bila ada orang buat silap dengan kita, maafkanlah dia, bukan menghukum dia dengan sindiran dan buat dia bingung apa lagi bila sayang dengan seseorang. Bagi ruang dia perbetulkan keadaan. Begitu juga aku nasihatkan diri aku untuk belajar mengawal emosi sendiri. Semua orang ada masalah kan, jadi aku kena perbetulkan.. Tapi berilah aku peluang. Kecualilah memang tiada pun rasa sayang selama ini. 

Bukan mudah nak bina perasaan dari hati yang dah remuk berkecai. Bukan mudah... Kadang2 keadaan lalu menjadikan aku takut atau trauma. Aku tidak mahu keadaan berulang jadi aku mengharapkan semua tindakan aku betul dan aku lupa yang aku juga manusia yang mudah lupa. 

Ampun dan maafkan aku.. Aku tidak akan jadi sempurna tanpa teguran.. Ampun dan maafkan aku.. Andainya aku lupa, ingatkanlah aku.. Bukannya dengan sindiran.. Sebab aku tidak dibesarkan cara begitu. Dan maafkan juga caraku dibesarkan... 

Aku ingin terus hidup dan dalam hidup aku ada diri kamu... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket