Hilang

www.tips-fb.com
Asalamualaikum... Selamat pagi dunia yang indah.. Yang kita setiap hari menghirup udaranya. Kita sepatutnya merasa gembira dan bangga kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk mengubah diri atau membuat sesuatu yang terbaik terhadap Nya, sekeliling dan diri kita. 

Dalam kita diberi peluang oleh Nya, kadangkala kita lupa dengan mereka yang sebangsa dengan kita iaitu manusia. Pernah kita beri peluang pada sesetengah manusia sedangkan mereka ingin berubah? Mesti kita akan lupa. Peluang tu memang hak kita untuk memberikannya atau tidak. Kerana kemarahan kita selalunya kita mula membuat penilaian terhadap seseorang tanpa usul periksa dan kemaafan pun sudah tidak bererti lagi.

Tahukah kita yang kita sebenarnya tidak layak menghukum seseorang walau sejelek mana pun sifatnya kerana itu adalah hubungan antara dia dengan Nya? Pasti kita terlupa. Apakah pula dengan seseorang yang sudah memohon maaf berkali-kali sama ada secara langsung atau tidak langsung? Apakah kita telah maafkan dia dan berikan "PELUANG" itu?

Kita boleh memberi tanggapan kita terhadap seseorang sama ada dia palsu atau asli. Bagaimana kalau kita tersilap terhadap penilaian itu? Kita anggap seseorang itu palsu sedangkan dia sebenarnya "asli" atau "murni" bagi seseorang terutama kepada anaknya. Orang yang sentiasa berusaha mencarikan sesuap nasi kepada anaknya siang dan malam, orang yang berusaha untuk gembirakan anaknya. Yang sanggup berdepan dengan algojo demi kerana anaknya? Pernah kita terfikir?

Pernahkah juga kita terfikir bagaimana bahagianya hidup lelaki itu sebelumnya yang hanya memikirkan anaknya lantas kita ciptakan dia sebuah harapan yang membuatkan dia rasa bahagia pula yang kita ada dalam hidup dia dan selepas itu kita buatkan dia merasa tidak diperlukan dan kita katakan kita mengujinya? Pernahkah? Sedar atau tidak yang kita sebenarnya sudah hancurkan hati dan perasaan lelaki itu yang selama ini sudah membina sebuah mahligai dalam khayalnya dan membuat dia tersenyum dan sekarang yang tinggal hanyalah sisanya sahaja. Kita tidak terfikir pun kita buat lelaki itu mengalirkan airmata dia.

Sudah namanya manusia, sekuat mana pun dia, dia tetap akan mengalirkan airmatanya. Walau dia pernah berjanji dengan anaknya yang dia tidak akan lagi menangis demi anaknya tapi kita buatkan dia begitu hanya kerana sebuah "janji" yang dia sendiri tidak tahu atau lupa. Tapi pernahkah kita bertanya lelaki itu apa yang dihadapinya setiap hari? Pernahkah lelaki itu menyatakan kepedihan atau kesakitan yang dialaminya setiap hari pada kita? Tentu tidak kerana lelaki itu inginkan kita bahagia dan gembira. 

Kita juga sering marah lelaki itu apabila dia bertanya kita di mana dan dengan siapa. Tapi tahukah kita yang sebenarnya dia mengambil berat. Maafkanlah dia andainya cara dia itu tidak kita senangi. Mungkin sudah tiba masa untuk lelaki itu membawa dirinya. Dia cuma ingin bersama dunianya dan anaknya. Dia tidak ingin untuk menangis lagi. Kerana dia tidak ingin anaknya melihat kesedihan  ayahnya. Anaknya cuma kenal ayahnya yang periang dan sentiasa ketawa bersamanya. Ayahnya yang berjanji menjaga dia walau waktu dia putus cinta dengan kekasih pertamanya. 

Lelaki itu pula ingin mendoakan kita semoga bahagia dengan "kehilangannya" lepas ini. Semoga kita sentiasa gembira hendaknya. Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket