Apa itu Ingress?

www.tips-fb.com
Ok, nampaknya aku dah "terjerumus" dalam permainan ni yang aku sangka aku cuma nak main saja-saja sebelumnya. 



Aku berterima kasih dengan Arthur yang memperkenalkan permainan ni yang pada mulanya memang tiada untuk pengguna telefon bimbit iPhone sekitar November 2013. Aku bermula pada malam Krismas 25hb Disember 2013.

Ingress merupakan permainan dalam bentuk maya yang memerlukan seseorang bergerak untuk ke satu tempat dan ke tempat yang lain. Ia merupakan permainan sosial yang mana kita boleh berkenalan dengan pemain lain (disebut sebagai agent). Dalam permainan ini, terdapat dua kumpulan (faction) iaitu Resistance dan Enlightened. Resistance berwarna biru dan Enlightened berwarna hijau. Kedua-dua faction dikira sebagai bermusuh dalam permainan. 

Enlightened dikira faction yang percaya shaper (makhluk asing yang menebarkan xm mereka ke muka bumi) selaku sahabat dan mereka memperjuangkan apa yang mereka percaya yang shaper boleh menjadi "kawan". Sementara Resistance pula adalah faction yang menentang shaper dan ingin membebaskan manusia dari cengkaman makhluk asing (shaper). Mereka boleh dikira sebagai pejuang pembebasan atau "Liberator" dalam ingress.

Dalam permainan ini ada portal (biasanya dicalonkan oleh agent-agent dari kedua-dua faction) yang diambil daripada tugu, atau lukisan-lukisan mural dan ada juga benda yang tidak boleh dipindahkan seperti tangki air, peti surat, stadium dan banyak lagi. Jadi tugas agent-agent ini adalah untuk mendapatkan (capture) portal tersebut dengan memasang (deploy) resonator yang boleh didapati dengan menggodam (Hack) sesuatu portal. Portal yang neutral berwarna kelabu (grey) dan apabila seseoranf agent dari suatu faction memasang resonator, ia akan berwarna mengikut faction seseorang tersebut. 

Seseorang itu dikehendaki memasang (deploy) resonator secara penuh kepada portal jadi ianya boleh membuat sambungan (link) kepada portal lain yang mempunyai resonator yang penuh juga (8 resonator hendaklah dipasang penuh kepada portal tersebut) dan sebelum membuat sambungan (link) kepada suatu portal yang lain, agent dikehendaki mempunyai kunci (key) kepada portal yang ingin disambungkan dan cara mendapatkan kunci (key) adalah dengan menggodam (Hack) portal tersebut. Seseorang itu juga boleh membuat field yang boleh mendapatkan MU (Mind Unit) untuk faction. Makin tinggi MU maka makin tinggilah mata faction. Contoh field:




Sekiranya seseorang itu Resistance maka portal pihak Enlightened mestilah dia musnahkan dengan XMP Buster yang boleh didapati dan dikumpul dengan menggodam suatu portal. Cara musnahkan hendaklah berada dkt dengan resonator dan menekan butang Fire XMP dan hingga semua resonator musnah maka portal tersebut akan menjadi neutral semula iaitu kelabu dan maka anda bolehlah mendapatkannya dengan memasang resonator. Harus diingat semakin tinggi level portal tersebut, semakin susah untuk anda musnahkan. Iaitu sekiranya anda level 3 maka amat susahlah untuk anda memusnahkan portal level 7 atau level 8 dan apatah lagi sekiranya terdapat MOD yang dipasang (install) pada portal tersebut. 



Dibawah senarai barang-barang (item) yang anda boleh dapati dalam menggodam (Hack) adalah seperti berikut:

1-Portal Key
2-Resonator
3-XMP Buster
4-Power Cube (Untuk digunakan sekiranya anda kekurangan XM)
5-Link Amp
6-Force Amp
7-Turret
8-Portal Shield
9-Capsule
10-Ultra Strike
11-ADA Refactor
12-Jarvis Virus

Anda harus tahu mata (point) dalam permainan ini adalah AP. AP dikumpul untuk mencapai level tertinggi iaitu 1-8 dan selepas 8 iaitu 9-16 yang memerlukan anda memenuhi kriteria dengan memburu lencana (badge). Dan suatu item yang diberikan ketika Hack juga adalah random dan tidak semestinya anda akan dapat semua sewaktu Hack suatu portal. 

Untuk keterangan lebih jelas dan penuh, anda bolehlah melayari http://support.google.com/ingress . Semua yang ada diatas adalah menurut pengamatan aku sendiri. Serta permainan ini paling bagus dimainkan secara berpasukan kerana lebih baik daripada bersendirian dan permainan ini juga amat menyihatkan kerana membuatkan kita berjalan (tetapi ada juga yang suka dalam kereta mungkin mereka anak tuan punya stesen minyak).

Kalau korang dah minat nak main, korang boleh emel saya secara peribadi di aj[at]tronik[dot]org atau melalui comm ingress iaitu codename agent saya iaitu @EFyu dan saya adalah dalam faction Resistance. Jadi terpulang dengan anda faction mana yang anda sukai. Tapi bayangkan saja dunia ni macam dalam drama TV "Falling Skies" yang mana makhluk dari planet lain ingin memerintah kita, takkan nak join team yang suka kan makhluk tu kan. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket