Bosan dan Bersawangnya Blog.... dan mobilecommltd.com look "fishy"

www.tips-fb.com
Aku dah rasa bosan yang amat sangat hinggakan blog ni dah ada tarantula tinggal pun aku tak peduli dan earning dari Nuffnang pun tak berganjak dari yang lama... dari bulan April 2015 takda update.. apa aku ni???!!! Dah nak jadi alien???? Patut aku rajinkan diri dan update lah selalu... banyak sangat perkara baru yang berlaku kepada aku... So, ada benda malas aku nak share sebab karang ada orang yang "butt-hurt" dan start maki hamun dan sindir aku kat media sosial pula tanpa usul periksa siasatan yang penuh. Biasalah ada orang tu dah masuk "middle-age crisis". Efek dari "tu" kot...

Ok banyak aku nak cerita ni tapi kena lah slowly ceritakan pula. Ada kawan dah suruh aku start something kat Wattpad tapi sana tu banyak juga orang start jadi penglipur lara namun tak juga pandai bersambung story mereka. Takda idea lettew. Aku start blogging ni dulu pun sebab nak share banyak benda. Aku rasa aku nak point blog aku ni ke domain baru.. tapi takut datang malas nak update payement domain pula. Dan datang malas lagi selama mana mungkin... LOLz.

Sekali lagi, banyak aku nak story but first, aku nak beli phone baru bulan ni.. Sebab kesian iPhone 4s aku dah masuk kategori zaman purba. Planning nak beli iPhone 6s jumpa satu website mobilecommltd konon nak jual iPhone 6s below RM2k. Mula-mula deal konon drg setuju nak bagi aku booking bagi nama dan contact sahaja tetapi sekali tengok secara tiba2 mereka minta pula deposit 50%. Terus aku kata, aku taknak lah macam tu. Sebab seolah-olah ada something fishy ngan dorang. Dalam website dorang kata jual kat Dubai segala tapi sekali check domain provider semua, hosting guna mesra.net. Kata ada ofis di UK semua.... Memang sound tak logik kan.. Kalau nak menipu tu, kena lah pro jangan macam Nigerian Sakawa. LOLz

Cuba korang tengok screenshot bawah ni. Web dorang siap cakap kat header online shop Dubai, UAE, Oman, Kuwait blablablabla.. alah semua negara Arab yang kaya2 tu.


Lepas tu tengok bahagian contact us mereka dengan bangga letak ada pejabat kat UK selain kat Labuan.

Yang paling aneh pula iklan kat mudah.my dibuat oleh orang bernama Latiff Mansor tapi apabila aku call dan bagi salam, takda respon dan suara seorang lelaki pelat bahasa Cina menjawab dihujung talian menggunakan bahasa Inggeris yang cuma kita dapat bayangkan melalui sub-title DVD cetak rompak. Begitu juga dengan gambar whatsapp siap ada gambar Allah lagi tapi yang menjawab masih menggunakan bahasa Inggeris "DVD cetak rompak".


Alasan mereka yang sekarang mereka tengah berada di Tawau untuk jualan or maybe "roadshow" lepas tu mereka akan ke Bintulu hingga minggu kedua bulan Jun yang menurut dia "data base in Bintulu" entah data base apa, cuma dia sahaja yang faham bahasa dia. So, kepada semua yang ingin membeli belah secara online, hendaklah berhati-hati selalu supaya tak termasuk "lobang" scammer durjana. Mungkin mereka legit seller atau pun cuba menipu, itu kita takkan tahu.. So, semua kena lah berhati2. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket