Experiencing Uber Untuk Pertama Kali di Kota Kinabalu

www.tips-fb.com
Untuk pertama kali hari ni aku berjaya memuat turun Uber app kat telefon dan untuk pertama kali aku melanggan nya. Perjalanan aku untuk kali ini adalah dari Manggatal dekat dengan CKS. Mula-mula tengah tunggu respon dari pemandu Uber bagi perjalanan ke LHDN (nak bayar teksi lah).


Tengah tunggu-tunggu, pemandu pertama tiba-tiba membatalkan mungkin kerana dia berada dalam kesesakan jalan raya berdekatan dengan Alam Mesra.




Jadi, aku mencuba lagi buat kali kedia sehingga ada seorang pemandu memberikan respon dan dia dalam perjalanan dari Tuaran untuk ke Kota Kinabalu.


Ya pemandu dia adalah dalam gambar di atas dan memandu sebuah kereta Myvi. Masa yang ditunjukkan bukanlah sebenarnya tepat dan tidak semestinya pemandu itu dapat datang dalam tempoh 7 minit. Masa tersebut hanyalah anggaran jarak kecualilah kereta tersebut boleh terbang sudah tentu masa tersebut adalah tepat.

Apabila kereta tersebut tiba, aku disambut dengan mesra oleh pemandunya yang bernama Kuhan seorang lelaki keturunan India. Rupanya dia bekerja dengan MasWing dan hari ini merupakan hari "OFF" beliau. Kami bercerita tentang kehidupan dia di Sabah yang sebenarnya beliau berasal dari Kuala Lumpur. Jadi perjalanan aku ke LHDN tidaklah membosankan dan selain itu dia memasang lagu-lagu retro juga dan membuatkan suasana yang relaks. Apabila tiba di LHDN, bayaran yang perlu dijelaskan hanya RM3.46 sahaja. Ini adalah kerana rebat yang diberikan sebanyak RM10.00 kerana menggunakan promo code.


Keseluruhan, Uber merupakan alternatif terbaik untuk pengangkutan awam selain daripada teksi dan bas dan harganya pun berpatutan serta amat murah berbanding pemandu teksi yang meminta bayaran umpama harga bayar balik kat lintah darat. So, buat sesiapa nak promo code Uber dan mendapat rebat bayaran Uber, korang bolehlah guna promo code ni iaitu "AZHARM954UE". Jangan ragu-ragu, muat turunlah Uber sekarang kerana ianya GREAT!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket