Manila Re-Visited 1

www.tips-fb.com
Aku kembali ke Manila. Yessss... Jadi kali ini aku cuba menyiapkannya kerana entri dulu tidak lengkap kerana aku kehilangan banyak gambar masa tu. Tak tahu ke mana. Sudah puas selongkar segala hard disk yang end up hard disk aku pun hilang sekali.

Ok, kali ini aku kembali semula ke sini walau dah banyak kali datang cuma kali ini misi yang berbeza sekali. Datang kerana gaming event permainan yang paling aku minati iaitu ingress. Kali ini kerana XM Anomaly Aegis Nova. Tiket sudah beli awal-awal dan juga hotel atau hostel dah tempah melalui booking.com, maka bertolak lah aku pada 27hb Mei 2016 dengan penerbangan 11.30 pagi menggunakan pesawat Airasia.


Nasib baik passport dah diperbaharui dan aku juga terpaksa memotong janggut aku yang macam Osama bin Laden kerana untuk nampak kemas sahaja pada gambar passport. Kalau tidak mesti aku dah kena syak sebagai pengganas aka teroris. Penerbangan memakan masa selama 2 jam 10 minit pula terasa seram sejuk apa lagi bila berlaku pusaran angin kat awan. Seram sehhh... Namun ku tabahkan hati (cewwaaahh) maka sampai juga aku kat bumi Philippines. 


Pertama kali tiba di Lapangan Terbang Ninoy Aquino sebab dahulu asyik mendarat ke Clark sahaja yang berdekatan dengan Angeles City tempat lelaki hidung belang suka merayap #realtalk.

Ok nevermind, sekarang aku nak story pasal tempat aku stay yang aku book iaitu di Makati, nama tempat aku stay tu MNL Boutique Hostel. Cukup berbaloi sebenarnya aku stay kat sini sekarang ni. Staff dia yang amat mesra sekali. Kedatangan aku disambut mesra dan feel like home.


Bagi aku, tempat ni sesuai untuk backpacker dan juga yang berkeluarga. Serius tempat ni best. Dekat dengan semua facility yang korang perlukan. Ok enough nanti cerita lagi. 

Tadi juga aku sempat bertemu dengan ingress player yang lain-lain dari serata Philippines. Mereka menyambut aku dengan mesra. Ada sesuatu yang menarik sebenarnya dengan permainan ini kerana ia adalah social game dan ianya buat manusia berhubung. 

Samping tu juga jumpa dengan kawan rapat iaitu Dorothy yang dah lama tak jumpa semenjak dia berkahwin dan mempunyai anak. 


Ok, that's for now. Will continue it lagi besok. Good night from Makati, Philippines.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket