Manila Re-Visited 3: MNL Boutique Hostel

www.tips-fb.com
Ok, aku dah sampai kembali ke Kota Kinabalu dengan riang-rianya. Hari tu aku mention sikit tentang tempat aku stay sepanjang berada di Philippines kan... Ok macam ni... Tempat tu bernama MNL Boutique Hostel dan berhampiran dengan Makati Avenue. Kalau korang tak tahu kat mana tu, sila google.


Tempat tu sebenarnya amat strategik sekali kerana banyak tempat makan sekitarnya dan begitu juga pusat hiburan tempat lelaki hidung belang pergi contohnya, kelab menari bogel atau strip club. Dan banyak lagi kelab yang bukan-bukan area tu. Tetapi yang bagusnya banyak sangat tempat makan yang enak-enak. Serta berhampiran dengan 7 Eleven juga. 

Bercerita tentang MNL Boutique Hostel, ianya disediakan wifi di kawasan lobi hostel, wifi dia laju. Dan staff di sana juga amat mesra sekali. Sekali pun tempat tersebut sound proof antara dinding tidak berapa baik, kerana aku dapat dengar lelaki-lelaki Korea muka goto bercengkerama di bilik sebelah, anda boleh request ear plug dari kaunter (tetapi aku tak request sebab risau dengan kebersihan ear plug tersebut) kalau anda tak tahan bunyi bising. Tetapi keseluruhannya, taklah bising sangat pun walau dengan bilik takda tingkap. Aku stay bilik queen size bed sebab aku nak privacy dan aku bayar RM377 bagi 4 hari 3 malam.


Ada PC juga bagi mereka yang takda bawa laptop atau smartphone. Ada orang suka reply emel guna pc/laptop. Sebab suka relaks kot sambil reply emel. Jadi korang tak payah risau dengan kemudahan walau berkongsi tandas dan kamar mandi, namun kamar mandi yang disediakan adalah selesa walaupun tandas disediakan adalah tandas duduk dan bukan cangkung, namun tandas tersebut tersebut disediakan hos bagi mereka yang nak cebok.

Selain tu peringatan kalau pasal berak, digalakkan sesiapa berak kat tandas mall hendaklah membawa wet tissue atau baby wipe. Sebab membawa tisu tandas tak cukuo dan buat rasa ragu-ragu kalau nak bersihkan diri.


Lagi satu, kalau nak travel atau berjalan jauh di Philippines paling bagus gunakan Uber kerana ianya lebih jimat dan berbaloi. Jadi kalau nak install, sila rujuk entri blog ni yang lepas dan dapat kan promo code dan dapatkan tawaran hebat atau perjalanan percuma. Jadi kena bijak kalau ingin travel ke Philippines. Begitu juga tukaran wang atau money changer, paling baik tukar dulu sebelum pergi ke sana kerana ada antara bank tak nak terima matawang ringgit Malaysia ketika ini kerana tidak stabil.

Ok itu saja buat masa ini... Jumpa esok nak sambung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket