Raspberry Pi (CPU kecik boleh letak dalam poket)

www.tips-fb.com
Hari ni terasa pula nak blog saja.. begitu rajin hari ni... ya.. aku memang rajin blogging hari ni. Ok, pos untuk blog yang ini aku nak cerita pasal raspberry pi.. apa kejadah raspberry pi? Kalau aku suruh korang wiki, korang boleh jumpa wiki dia kat sini.Kalau suruh rujuk sana saja, ketaralah ini entry blog aku yang malas dan akan dikecam penghuni maya dunia blogging.


So begini, aku kena intro dengan raspberry pi ni dengan kawan kat smartspace/maker space yang terletak di Tingkat 9, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Raspberry Pi ni kira dia run linux lah. Korang boring ngan linux sedia ada iaitu versi (Linux raspberrypi 4.1.19-v7+ #858 SMP Tue Mar 15 15:56:00 GMT 2016 armv7l GNU/Linux) korang boleh juga guna Ubuntu Mate dan lepas tu korang guna juga theme OS X (alah theme macbook macam tu). Itu ikut kesukaan anda. Raspberry Pi ni adalah CPU siap ngan RAM dan OS sedia ada. dan juga siap ngan processor. Jadi apa yang korang perlu ialah monitor, keyboard, mouse (tanpa wayar pun boleh) dan juga internet dongle (untuk connect ke wifi dan kalau anda menggunakan raspberry pi 3, anda tidak perlu internet dongle kerana dia sudah tersedia dengan wireless LAN) dan juga power cable (boleh juga menggunakan power bank kerana power consumption Raspi adalah amat rendah) tapi bagi monitor kena juga plug-in ke power source. Buat masa sekarang aku menggunakan Raspberry Pi 2 yang menggunakan 512 mb RAM dan sewaktu update entry ni pun aku menggunakan raspberry pi atau raspi. Nak tahu tentang Raspi terbaru boleh periksa di sini. Linux dalam Raspi adalah berasaskan Linux Debian. Jadi atur cara atau command nya adalah sama.


Di bawah ini adalah contoh Raspi tersebut:


Yang ini merupakan Raspi yang pertama. Boleh dilihat terdapat 4 port yang boleh anda masukkan internet dongle, mouse cable, keyboard cable, dan monitor cable. Tapi kalau menggunakan Raspi 3 anda boleh saja menggunakan bluetooth mouse, keyboard. Kalau nak masukkan network cable pun boleh. Mana tau taknak guna wifi. Rujuk gambar di bawah;


Macam2 benda lagi yang boleh dilakukan oleh Raspi ini selain menggunakannya untuk desktop PC, anda juga boleh menggunakannya untuk menjadi server kepada wireless camera atau cctv yang anda boleh setup sendiri dirumah tanpa perlu membayar ribuan ringgit kepada syarikat cctv hanya dengan menggunakan wireless camera yang berharga dibawah RM150 anda boleh menjalankannya. Contoh paling mudah adalah boleh anda rujuk di sini yang mana ianya dipasang di maker space/smartspace Kota Kinabalu, Sabah. Anda boleh juga melihat keadaan cuaca di Kota Kinabalu melalui CCTV tersebut. Ok sampai sini sahaja entry untuk ini. Ada persoalan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah. Sekian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket