Aku dan Bazaar Ramadhan (Karipap XXL)

www.tips-fb.com
Selamat berpuasa buat semua dan semoga semua umat Islam dan bukan Islam dapat berpuasa dalam suasana ceria dan gembira. Apa yang membuatkan ramai orang gembira ketika bulan Ramadhan ialah jualan semasa Ramadhan atau pun Bazaar Ramadhan. 

Untuk pertama kalinya pada Ramadhan tahun ini aku ke bazaar yang terletak berdekatan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau pun DBKK. Mak aihh ramainya manusia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.


Dan disediakan juga pelbagai jenis makanan dan juadah. Dari benda sekecil gulungan tangan hinggalah kepada benda gedabak sebesar pinggan. Jadi, kena beli ikut kemampuan dan selera dan jangan beli ikut hawa nafsu lepas tu korang akan membazir pula buang-buang makanan.

Antara makanan menarik minat aku ialah karipap saiz xxl ni.. Mak aih besar gila dan harganya RM5 sebiji. Ianya berintikan daging atau ayam dengan sebiji telur disertakan di dalamnya. Jangan risau ianya ditanggung halal. 


"Dahlah besar, sedap lagi"... Itulah slogan cheezy karipap xxl yang diletakkan di bunting gerai mereka. Nak tau saiz karipap tu, haa ini dia...


Besar kah tidak? Semestinya besar. Bagi anjing makan pun anjing tu akan kenyang sekenyang-kenyangnya sebab karipap tu besar sangat. Cara penyediaan dia juga adalah sama dengan karipap konvensional yang biasa kita lihat. 



So, korang taklah perlu ragu-ragu sebab brader-brader yang jual pun sihat walafiat semua dan semua beragama Islam. Penyediaan pun amatlah bersih pada pengamatan saya. 

Antara juadah lain yang mendapat perhatian saya ialah, nasi katok Brunei yang menggunakan sambal hijau Padang. Jadi ada unsur kefusionan pada resepi mereka. Bagi sesiapa yang belum ke bazaar Ramadhan, bolehlah datang ke Kota Kinabalu berdekatan dengan DBKK dan dibuka setiap hari. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket