Manila Re-Visited 4 : Tips

www.tips-fb.com
Ok, ini entri aku terakhir rasanya untuk cerita pasal Manila. Lepas ni aku cerita benda lain pulak dah. Takkan aku nak cerita semua pasal Manila kan. Ok, nak cerita apa benda korang harus buat kat Manila bukan sahaja dari segi keselamatan tetapi juga benda lain-lain. 

Tahu tak yang aku hampir kehilangan dompet ketika di Manila? Sebenarnya poket belakang tempat aku simpan dompet seperti dikoyakkan menggunakan pisau cukur atau pisau tajam. Ada usaha pihak tertentu nak koyakkan poket belakang aku dan supaya dompet aku terjatuh. Jadi, korang kena ingat yang korang kena simpan dompet korang dalam poket depan bagi lelaki atau wanita. #LessonLearned.

Lagi, satu benda korang kena buat sebelum ke Manila iaitu memuat turun aplikasi Uber kerana Uber lebih murah bagi pengangkutan menggunakan kereta selain bas atau pun tren. Dan kalau mendarat dekat Ninoy Aquino International Airport, korang kena ready memanggil Uber dan jangan gunakan teksi lapangan terbang kerana paling murah pun Php 1400 lebih kurang RM1100 (depend dengan tukaran semasa) dan hati-hati juga dengan ulat tiket yang seperti memaksa kita memberli tiket dari mereka. Aku sendiri hampir ditipu tiket teksi Php 2500 lebih kuranf RM 200 lebih tu.. So, gunakan uber paling-paling pun Php 1600 ke Php 2000. 

Lagi, jangan malu bertanya terutama dengan pengawal keselamatan berbaju putih dan membawa senjatapi. Mereka sebenarnya merasa dihargai sekiranya anda bertanya dengan mereka dan jangan lupa ucapkan terima kasih atau pun "maramin salamat" kepada mereka.

Perkataan "po" adalah perkataan biasa korang akan dengar kat sana. Contohnya, "maramin salamat,po" atau meminta menghentikan jeepney (kenderaan seperti jeep tetapi panjang) iaitu "para, po" atau bermaksud berhenti, encik". Po bererti encik, cik atau kawan sama lah seperti kita di sini panggil geng, ging, bro atau sis. Satu lagi panggilan kita akan biasa dengar pabila berada di sini iaitu "kuya" atau "ate". Kuya bermaksud abang dan biasanya refer kepada lelaki muda atau tua sementara ate pula kepada wanita tua atau muda. Panggilan- panggilan tersebut lebih kepada panggilan hormat jadi biasakanlah.

Amaran sekiranya anda berada di sana, berhati-hatilah dengan mereka yang "baik hati" luar biasa terhadap kamu. Kemungkinan ada udang sebalik batu sama ada nak rompak korang atau ambil kesempatan. Jadi jangan ambil minuman atau makanan sekiranya orang tersebut baru anda kenal dalam jangka masa sekejap. Senantiasalah membawa air minuman sendiri (yang telah dimasak) atau air mineral sendiri kerana air paip di sana tidaklah selamat diminum begitu sahaja. Anda boleh jumpa refilling station kat banyak tempat. Jadi sentiasalah bawa botol kosong.

Paling akhir, jangan lupa tukar matawang korang awal kerana ada tempat kat sana tak nak terima matawang Ringgit Malaysia. Pelik tapi benar ini adalah bagi mereka matawang kita tak stabil. Dan kalau ada terima tukaran pun, mereka kira RM10 atau RM11 bagi Php 100 berbanding tukar kat Malaysia iaitu RM8.40 bagi Php 100 atau kalau nak withdraw terus dari ATM (tapi dicaj Php 200 bagi satu-satu transaksi) tukaran matawangnya mengikut kadar negara kita iaitu Malaysia. Jadi buat perancangan awal. 

Haaaa. Paling akhir, jangan jalan lorong gelap waktu malam kalau bersendirian. Bahaya.... Itu saja tips dari aku... Tunggu entri yang lain akan datang.. Good night
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket