Burger Hammer XXL (Big-D Burger Sandwiches)

www.tips-fb.com
Aku rasa aku tak pernah post sesuatu berkaitan dengan makanan sebelum ini. Semua tentang travel atau benda-benda mengarut yang aku post termasuklah gadget. Nah ini kalilah aku post pasal makanan. 

Minggu lepas pada hari Sabtu, teman dari Tawau datang kerana ada taklimat dan kursus di Kota Kinabalu. Rencananya dia ingin lepak dengan aku dan Taufiq sementara dia berada di Kota Kinabalu. Jadi pada petang Sabtu, aku bertemu dengannya di Hotel DeLeeton, Asia City. Dia menyatakan ingin ke tempat burger besar yang sering aku post di Facebook. 

Memang sudah lama aku mau ke tempat tersebut tapi masalahnya aku sendiri tak pernah ke sana. Thanks untuk bro Dinoza atas review yang menyelerakan ke atas hidangan tersebut. Nama burger tu adalah Big-D Burger Sandwiches. Tempat dia agak sulit untuk ditemui tetapi terima kasih kepada media sosial iaitu instagram. Aku berjaya mendapatkan nombor nya iaitu +60 11-1788 0018 melalui instagram tersebut dia owner gerai itu memberikan arahan melalui aplikasi whatsapp;

 
 
Jadi, kalau korang nak pergi, guna aplikasi waze kerana menggunakan Google Maps anda akan tersasar jauh ke perumahan Pasir Putih, Putatan. Masukkan nombor lokasi diaplikasi Waze iaitu 5°54'09.3"N, 116°02'31.7"E kerana ianya memang tepat. 

Setibanya kami ditempat tersebut, kami langsung membuat tempahan iaitu Burger Hammer XXL Beef dan juga Burger Hammer XXL Lamb. Dan kami begitu "curious" terhadap saiz burger tersebut. Tuan punya gerai seorang yang peramah dan periang. Kami terhibur dengan telatahnya. Sementara itu kami bertiga berbual tentang kehidupan masing-masing diselitkan dengan ketawa kerana mengingatkan tentang sahabat kami yang lain dan perangai mereka. 

Dalam tempoh 20 minit hidangan pertama siap, dan kami terkejut dengan saiznya. Kami juga berfikir mampukah kami menghabiskan 2 biji burger tersebut. Sebiji sudah begitu sesuai untuk kami bertiga inikan pula 2 biji. Mampus!!!


Lihatlah saiznya. Besarkan? Itu baru yang pertama iaitu Burger Hammer XXL Beef belum yang kedua. Amat sesuai sekiranya dihidangkan dan disantap oleh rakan-rakan secara beramai-ramai. Kami dengan penuh khusyuk menghabiskan hidangan tersebut dan aku sebenarnya dah makan siang. Mampus mau habiskan. Hinggakan Taufiq berkata dia merasa muak. Pertama kali dengar dia berkata begitu. Terlampau kenyanglah tu. 

Tapi berkat usaha kami, berjaya juga habiskan walau tinggal sedikit kerana kekenyangan total.

 

Hahahahahaha. Tinggal roti sedikit. Ok sebelum aku mengakhiri blog entri untuk kali ini, gerai tersebut menyediakan satu cabaran sekiranya korang mau makan FREE atau PERCUMA. Habiskan Burger Hammer bersaiz XXXL selama 45 minit seorang dan anda akan mendapat makan tanpa bayaran. Ingat hanya 45 minit sahaja diperlukan untuk anda habiskan. Kalau lebih dari itu, anda kena bayar semua yang anda makan. Seronok kan? Jadi bawalah seorang yang kuat makan. Umpama rancangan Man vs Food. Ada berani? Ok sekali lagi sesiapa berminat ke gerai tersebut boleh lah ke alamat berikut:

5°54'09.3"N, 116°02'31.7"E (Kg. Pasir Putih, Putatan dan sila gunakan Waze)
Instagram: bigdburgersandwiches

Dan kalau korang ke sana, beritahu orang dari akaun instagram rahzamdy atau nama blog ni yang promote tempat dia. Sekian dan selamat menjamu selera.

P/S: Lupa beritahu harga yang kami belanjakan, untuk Burger Hammer XXL Beef berharga RM20 dan untuk Burger Hammer XXL Lamb harganya RM30. Dua biji tu boleh makan 8-10 orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket