Ulasan Filem Fast and the Furious 8

www.tips-fb.com
Filem yang memang amat dinantikan oleh kebanyakan peminat filem "cult" bersiri Fast and the Furious yang memperlihatkan kegagahan kenderaan bermotor. Dengan mengetengahkan kelasakan dalam pergaduhan dan perlumbaan kereta. Cuma diharap yang di luar sana jangan lah meniru aksi tersebut kerana ianya boleh membahayakan diri dan yang dalam filem ini dilakukan oleh mereka yang pakar dan lengkap dengan alat keselamatan.

 

Melalut pulak dah... ok filem Fast and the Furious 8 ni juga dipanggil Fate and the Furious atau mendapat gelaran sebagai Fate8 oleh netizen atau hashtag #Fate8. Filem francais ini masih dibintangi oleh Vin Diesel sebagai Dominic Toretto, Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs, Michelle Rodriguez sebagai Lettu Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Ludacris dan watak yang dilakonkan oleh Jason Statham sebagai Deckard Shaw nampaknya bekerjasama dengan pasukan Hobbs atau Toretto kali ini.

Untuk kali ini, Toretto terpaksa mengkhianati rakan-rakannya kerana untuk melindungi rakan-rakannya dan terutama sekali dia mendapati yang dia mempunyai anak dengan bekas kekasihnya (dilakonkan oleh Elena Pataky) semasa Letty masih hilang ingatan. Cipher lakonan Charlize Theron merupakan seorang hacker yang kejam yang mengancam Toretto akan membunuh bayi lelaki tersebut bersama ibunya sekiranya Toretto tidak bekerjasama dengan mereka. Aku sendiri rasa meluat melihat karakter Charlize Theron sebegitu yang biasanya aku akan meminati dia. Lakonan yang hebat.

Toretto bertemu dengan Cipher buat pertama kalinya semasa dia berbulan madu dengan Letty di Cuba. Dan di situ jugalah membuatkan Toretto serba salah. Dia hampir membunuh Hobbs semasa pengkhianatan pertamanya dan membawa lari senjata EMP untuk diserahkan kepada Cipher. Oleh kerana itu, Hobbs terpaksa menyamar sebagai polis yang melakukan jenayah dan ditangkap serta dimasukkan ke penjara semata-mata untuk bertemu dengan Deckard Shaw lakonan Jason Statham. Mereka percaya dengan bantuan pembunuh terlatih seperti Deckard Shaw sahaja dapat membantu mengesan Toretto dan Cipher (pada masa yang sama Shaw bersaudara sebenarnya ingin mengesan Cipher pada siri sebelumnya tapi dihalang oleh pasukan Toretto).

 

Antara benda baru yang menarik pada filem kali ini adalah, "zombie car" yang mana kereta-kereta yang dikawal oleh Cipher untuk bergerak sendiri tanpa pemandu bagi menghalang pergerakan seorang VVIP dari Russia yang membawa bersamanya kod pelancaran peluru berpandu nuklear. Kereta-kereta tersebur bergerak umpama zombie dan ianya sesuatu yang baru untuk dilihat. Satu lagi benda baru dalam filem ini adalah pertempuran atas salji atau ais beku antara pasukan Hobbs dan Cipher serta tentera pemberontak Russia. 

Filem ini juga tidak kosong dari telatah yang membuatkan kita tidak kering gusi oleh watak Roman Pearce lakonan Tyrese Gibson. Rasanya tanpa dia, filem ini akan mendatar dan terlalu serius. Jenaka Tyrese ternyata membuatkan seluruh panggung bergema dengan gelak ketawa penonton. Walau filem ini tanpa kehadiran watak Paul Walker (yang telah meninggal dunia) walau menggunakan adiknya selalu pemegang watak, penonton tidak akan terasa kehilangannya kerana kepadatan aksi dan juga jenaka Tyrese yang bersahaja. Dalam filem ini juga, buat kali pertama wanita memegang watak menjadi ketua penjenayah dan ternyata dia lebih kejam dari ketua-ketua penjenayah sebelumnya. 

"Two thumbs up" untuk Charlize Theron dengan watak Cipher yang dilakonkan kerana berjaya membuat penonton benci dengan karakternya. Ini juga membuktikan yang wanita ternyata kejam dari lelaki (hahahahahah). Kalau korang nak tahu lebih lanjut, pergilah menonton di pawagam terdekat. Untuk filem ini secara peribadi, aku berikan rating 8/10 untuk keseluruhannya. Aksi lasak atau stunt bagi kali ini tidak nampak macam aksi stunt filem Hindustan yang tidak masuk akal. Kali ini nampak realistik sekali. Apa tunggu lagi, tempahlah tiket wayang anda sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Another Entry From Friends:

Say No To IE (Internet Explorer)

Photobucket