Sunday, October 21, 2018

Air Paip Di Malaysia Boleh Diminum Terus?




Hai, kita bertemu lagi dalam blog entri terbaru. pasti korang ada dengar tentang berita baru-baru ini yang menyatakan yang air paip di Malaysia boleh diminum secara terus. Ianya telah disuarakan di parlimen oleh Dr. Xavier setelah disoal oleh ahli parlimen Kuala Kurau iaitu Dato Seri Dr. Ismail Mohd. Said. Mungkinkah yang air minum kita selamat diminum terus seperti air paip di Singapura? Sebenarnya ya, air paip kita boleh diminum secara terus. Cuma satu persoalan, adakah rasa klorin pada air paip kita akan memudaratkan kesihatan? Sebenarnya tidak kalau dalam kandungan yang terkawal berbanding dengan kandungan terlalu tinggi. Klorin sebenarnya membunuh kuman dalam air dan menjadikan ianya air terawat. Jadi janganlah risau kerana ianya memang boleh diminum cuma atas nasihat pakai kesihatan kita kena lah juga memasak air tersebut.

Antara kandungan yang terdapat dalam air terawat adalah;


  • Klorin cecair
  • Sodium silicofluoride
  • Aluminium Sulphate
  • Fluorosilicic acid
  • Calcium hydroxide
Kalau kita lihat ya memang terdapat kandungan unsur seperti kalsium dan fluorida atau fluoride dalam air paip kita. Sebenarnya bahan tersebut adalah pencegah kereputan dan kerosakan gigi terutama kepada kita semua. Sebab itu kita dikehendaki berkumur-kumur dengan air paip (sekurang-kurangnya) kalau tidak memberus gigi selepas makan. Ianya membantu gigi kita dari rosak atau mudarat akibat makanan yang kita kunyah atau minuman bergula yang kita minum.

Berbanding di negara lain contohnya UK, kandungan bahan kimia di air paip negara itu berbeza dengan kita dan satu lagi bahan seperti fluorida atau fluoride diharamkan dalam air paip di negara-negara di Eropah. Kalau di Asia Tenggara, maknanya negara kita adalah kedua selepas Singapura bagi air paip yang boleh diminum terus. Cuma rasa air paip di Singapura adalah berbeza dengan kita di sini. Apakah itu kesan ianya adalah "new water" (yucckkk). Kalau korang tahu bagaimana new water diproses pasti korang tidak akan mahu minum. 

Standard air paip di negara kita menggunakan standard National Standard For Drinking Water Quality (versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO (World Health Organization). Tetapi dewasa ini, ramai antara kita mengadu yang air paip kita berwarna kuning atau adakala berwarna hitam atau cokelat. Ianya adalah disebabkan oleh kerja-kerja perpaipan yang tidak bagus dan juga pencemaran unsur lain seperti aluminium, besi dan manganese. Biasanya kerja perpaipan yang menggunakan bahan daripada besi, biasanya ia akan bertahan selama 5 hingga ke 10 tahun. Bagi yang menggunakan HDPE (High Density Polythylene), atau plastik, biasanya agak lama iaitu 15 hingga ke 20 tahun. Penyelenggaraan kerja-kerja perpaipan adalah perlu dari masa ke semasa. 

Kebanyakan pada masa kini banyak jenama yang mempromosikan barang-barang seperti penapis air atau pun water dispenser dalam pelbagai jenama. Sebenarnya, ia tidaklah digalakkan oleh Jabatan Air kita kerana ianya boleh mengurangkan kewujudan FRC atau Free Residual Chlorine yang tugasnya membasmi bakteria. 

Jadi, buat kita semua di Malaysia, janganlah kita ragu-ragu terhadap air paip di negara kita dan kalau air paip kita mengalami pencemaran seperti warnanya berubah, cepat-cepatlah kita adukan masalah tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk pemeriksaan dan seterusnya penyelenggaraan perpaipan tempat anda. 

Rujukan:

Astro Awani, Oktober 17, 2018. Bekalan Air Terus Daripada Paip Selamat untuk Diminum, http://www.astroawani.com/video-malaysia/bekalan-air-terus-daripada-paip-selamat-untuk-diminum-281422

Ministry of Health, 2010. Drinking Water Quality Surveillance Programme (FAQ: Soalan-Soalan Lazim) http://kmam.moh.gov.my/faq.html

Open College, Do You Know What's In Your Tap Water? https://www.opencollege.info/do-you-know-whats-in-your-tap-water/

Namri Sidek, 2017, 28 April, Bolehkah Kita Minum Terus Dari Air Paip? https://iluminasi.com/bm/bolehkah-kita-minum-terus-air-dari-paip-jawapannya-boleh.html


Friday, October 12, 2018

Review Untuk Filem "Venom"


Ini antara filem dari Marvel Universe yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat komik atau pun peminat filem mereka (terutama golongan milenial yang tidak pernah baca komik dan menonton animasi mereka). Venom ni dikira sebagai Anti Hero yang kira kejam juga sebab dia makan manusia. Maybe ramai pernah menonton Venom dalam filem Spiderman zaman Tobey Maguire iaitu watak yang jadi Venom tu ialah watak Eddie Brock yang juga wartawan yang desperate sangat mendapatkan berita dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor. 

Bagi filem ini, watak Eddie Brock dipegang oleh Tom Hardy yang juga terkenal sebagai aktor yang memegang watak utama dalam Mad Max dengan dialog "eeeerrrmmm" hahahaha dan juga sebagai juruterbang dalam Dunkirk. Dulu aku confuse Tom Hardy ni dengan Ray Park seorang aktor yang memang pandai dalam ilmu mempertahankan diri termasuklah pencak silat. Rupanya mereka dua orang yang berbeza (fail!!!). Ok berbalik kepada filem ini, Eddie Brock juga adalah watak yang sama iaitu seorang wartawan yang desperate mahu sangat berita hingga melanggar etika kewartawanan (walau sebenarnya aku sokong juga dia dalam filem ini). 


Permulaan filem ini ialah bercerita tentang kapal angkasa milik Life Foundation yang terhempas dengan penumpangnya iaitu hidupan angkasa yang memerlukan hidupan untuk menjadi hos mereka bagi terus hidup. Apa yang menariknya ialah kapal angkasa itu terhempas di Malaysia Timur iaitu ada kata di Sabah dan ada kata di Sarawak. Siap ada dialog pekerja wanita berkata "kasi dia minum air". Semenjak Crazy Rich Asian ni seolah-olah Hollywood memesongkan kamera mereka ke Malaysia (wow!!). Life Foundation cuba menutup mengenai peristiwa tersebut. Salah seorang mangsa iaitu juruterbang telah dijangkiti oleh makhluk asing simbiosis tersebut dan dalam van ambulan staff wanita telah dijangkiti dan mengembaralah makhluk asing tersebut ke Amerika. 

Carlton Drake iaitu tuan punya Life Foundation sentiasa cuba untuk memastikan ujiannya menggunakan makhluk asing simbiosis tersebut ke atas manusia berjaya dan mulanya dengan menggunakan orang-orang tidak berumah atau homeless. Eddie Brock mendapat maklumat berkenaan Life Foundation lepas dia skodeng emel tunangnya dan dia mula membuat temu ramah dengan Carlton Drake dalam Life Foundation dengan soalan-soalan ingin membongkar atau annoying dan natijah daripada tindakannya, tunangnya Anne Weying juga dibuang kerja dari Life Foundation dan selepas itu memutuskan tunang. 

Poster Venom versi Jepun
Maka bermulalah kehidupan Eddie Brock tanpa pekerjaan dalam keadaan yang lama. Sehinggalah dia menemui semula bekas rakan sekerja mantan tunangan dia dan ingin mendedahkan aktiviti-aktiviti di Life Foundation. Maka dia membawa Eddie masuk ke dalam bangunan Life Foundation untuk menyiasat tempat tersebut dan lepas tu Eddie..... haaaa takut spoiler melampau, korang pergilah ke pawagam berdekatan dengan anda. 

Rating: 4/5

Pelakon-pelakon:

1- Tom Hardy-Eddie Brock
2- Michelle Williams - Anne Weying
3- Riz Ahmed- Carlton Drake
4- Reid Scott- Dr. Dan Lewis

Jom layan trailer dia di bawah:

Thursday, October 11, 2018

Burger Paling Sedap di Kota Kinabalu

Sebenarnya aku sudah lama mau blog tentang gerai burger paling sedap dan affordable di Kota kinabalu. Harap maklum yang ini bukanlah blog entri yang berbayar atau ditaja oleh mereka. Nama dia Grill Patio Burger. Kalau ada orang claim yang dia asal KK tapi tidak tahu mana lokasi gerai ni pasti something wrong sama ada dia pretender konon-konon dari KK atau memang bukan asli dari KK atau yang korang tanya tu golongan old school atau orang veteran lah bah.

Mereka memulakan bisnes atau perniagaan mereka dalam lebih kurang 3 tahun lepas (kalau tidak silap lah) walau owner dia letak 2011. Mereka bermula dengan menjual grill chicken burger (RM5.50) dan beef burger (RM5.50) juga waktu tu. Kami merupakan antara gerombolan pelanggan awal yang sentiasa membuat tempahan sebab kalau kami ada perjumpaan, kami pasti menempah burger mereka. Sehinggalah mereka mula menjual lamb chop yang berharga RM13 dan memang berbaloi sebab double dan kalau korang minta triple ianya RM20 dan amat murah bagi lamb chop yang sedap dan menggemukkan. 

kredit untuk page Grill Patio

Gerai di Bandaran
Dulu mereka bermula di hadapan Restoran Sri Kawang, Bandaran, Kota Kinabalu sebelum mereka berpindah sebelah Restoran Latha yang ada menjual kari kepala kambing (the only one in KK), juga ada di Foh Sang, Luyang, Cyber City, Kepayan dan sebelah Pasaraya Servay, Putatan (buka cuma hingga jam 10.00 malam). Ok aku akan letak lokasi mereka di bawah ni just in case ada malas menaip di google map, klik saja nama lokasinya. 

1)- Grill Patio Burger, Bandaran, Kota Kinabalu

2- Grill Patio Burger, Servay Putatan.

3- Grill Patio Burger, Foh Sang, Luyang

4- Grill Patio Burger, Cyber City, Kepayan

Kalau kamu mahu melihat menu yang mereka sediakan, boleh lihat di bawah ni... kamu juga boleh whatsapp bagi penghantaran tetapi akan dicaj RM3 bagi setiap penghantaran. Biasanya kalau Bandaran, ianya akan tutup setiap hari Isnin dan jangan hairan kalau hari selanjutnya iaitu Selasa ada orang order burger sampai 50 biji grill chicken burger.


Korang boleh kontek atau whatsapp dua orang dalam gambar di atas. Lihat nombor mereka di sudut sebelah kanan bawah, hubungi Rwinz atau Khalil. Wan sudah berhenti dua bulan lepas. Klik sini kalau nak whatsapp Rwinz atau klik sini untuk whatsapp Khalil dan mereka akan melayani whatsapp anda dengan segera cuma jangan pula whatsapp lepas tengah malam.




Jadi kalau korang lapar, jangan lupa untuk ke Grill Patio Burger dan jangan lupa untuk LIKE page mereka di Facebook (https://www.facebook.com/grillpatio) atau tambah mereka sebagai rakan di https://www.facebook.com/grillpatio.burger. Jadi kalau anda baca entri blog ini dan anda ke tempat mereka, beritahu sahaja yang bro AJ yang mentioned mereka dalam blog dia.. selamat menjamu selera.



Tuesday, October 9, 2018

Kerajaan Malaysia Cadang Cukai Baharu


Riuh penyokong pembangkang dan pencinta Najib dan Rosmah. Ini dua fakta yang disembunyikan mereka:

1. Malaysia perlu bayar hutang yg ditinggalkan rejim lama.

2. Cukai yang dicadangkan berbeza daripada GST atau SST, bukan semua yang kena cukai.

PERTAMA

1. Kerajaan Pakatan Harapan cakap hutang negara membebankan, cara dia buat kerja pun cara berjimat. Ini jauh berbeza dgn rejim lama yang mengatakan GST diperlukan untuk membangun negara, namun projek jalan/sekolah/hospital tak jalan, Najib dan Rosmah semakin hari semakin mewah, hutang makin hari makin naik.

2. Langkah terawal yg diambil oleh kabinet PH adalah untuk memotong gaji setiap seorang anggota kabinet. Kemudian jumlah lantikan politik seperti pegawai khas dihadkan supaya kos operasi pejabat boleh dikurangkan.

3. Pada peringkat dasar negara pula, kesemua projek mega dibatal atau ditangguh projek sehingga kedudukan kewangan kembali kukuh

-ECRL (RM81bil)
-HSR (RM110bil)
-MRT3 (RM66bil)
-MRT2 diteruskan dengan pengurangan kos sebanyak RM5.2bil

KEDUA

1. Kerajaan sedang pertimbangkan penjualan aset seperti tanah kerajaan. Namum, berbeza dengan rejim Najib, PH tidak jual kepada pihak asing. PH jual kepada rakyat Malaysia agar duit boleh dikutip & kawasan tersebut blh dibangunkan orang sendiri.

Kerana semua ini tidak memadai, maka cukai baharu dipertimbangkan.

2. Namun, cukai yg dipertimbangkn PH sekarang  berbeza dengan cukai GST/SST yg bersifat seperti consumption tax. Rakyat tidak boleh lari dari GST/SST. Asal makan, minum, guna, langgan, pasti kena cukai.

3. Yang dipertimbangkan sekarang cukai yang mampu memanfaatkan masyarakat secara umum. Seperti cukai karbon (contoh) yang bersifat 'punitif' atau 'hukuman' bertujuan mengawal sesuatu perkara yang tidak sebegitu manfaat supaya tidak berleluasa.

4. Cukai karbon lazimnya dikenakan pada pengilang. Tujuannya untuk mengurangkan pengeluaran karbon yang menaikkan suhu dunia. Jika pengilang berkeras untuk guna kaedah lama yang menghasilkan jumlah karbon yang tinggi, bayarlah cukai karbon. Kalau tidak mahu bayar cukai karbon, gunalah mesin mesra alam.

5. Yang turut boleh dipertimbngkan kerajaan adalah Capital Gains Tax (CGT), di mana keuntungan atas modal dikenakn cukai.

Sebagai contoh, seorang pelabur saham dengan  modal RM10,000 berjaya mengaut keuntungan RM2,000, maka kita cukaikan RM2,000 tersebut.

6. Ataupun keuntungan yg dibuat melalui penjualan hartanah dan syarikat. Kerajaan boleh cukaikan keuntungan penjualan tersebut.

Yang terkesan dengan cukai-cukai seperti cukai CGT kebanyakannya bukan golongan untuk berpendapatan rendah tetapi golongan berpendapatan sederhana serta tinggi.

BN marah kenapa?

Sebagai warganegara yg berpelajaran, BN harus malu sebab meroyan tanpa sebab.

Kita baca berita jangan baca sekerat dua. Baca isi kandungan, tambah bacaan sampingan supaya we get the bigger picture.

-end-

*Sumber tweet saudara Adrian Lim Chee En di (https://twitter.com/adrianlimcheeen/status/1049580298155872257?s=21)





Saturday, October 6, 2018

Hell Fest atau Wiro Sableng 212

Ok hari ni terasa bosan yang melampaukan selepas sahaja temujanji dengan doktor di hospital. Aku seperti hilang arah lepas temujanji dan terasa tekak aku pun semakin sakit dan bukan kerana terlalu merokok atau hisap vape. Semuanya disebabkan oleh cuaca sekarang ini yang tidak menentu dan aku dapati ramai juga yang sakit di sekitar aku. Selepas itu, aku pergi ke Center Point Mall iaitu pusat membeli belah yang paling kami sukai untuk menonton filem kerana mereka mempunyai pawagam termurah di dunia. Aku membeli tiket untuk Hell Fest sebuah filem yang seram (kononnya) walaupun nama filem dia macam rip off festival heavy metal yang dari Syracuse, New York dan Perancis. Ya Hell Fest dan Wiro Sableng sebenarnya... Aku sudah mengetahui secara awal yang filem Wiro Sableng adalah lucu kerana pernah menonton filem lamanya.

tiket wayang
Iya, aku menonton show Hell Fest jam 1.05 petang dan Wiro Sableng jam 3.50 petang. Penjual tiket pun ada memberitahu yang ramai sekali memilih menonton filem Hell Fest berbanding Gehennah (bunyi seperti band black metal kegemaran Taufiq) jadi aku memilih filem itu... nampak gambar pun macam best, seperti masuk ke dalam konsert HellFest hahahaha.

kredit untuk imdb.com
Ya macam masuk ke dalam konsert heavy metal kan?? dan di bawah pula adalah poster bagi HellFest tahun ini pada bulan Jun di Perancis. 


Filem Hell Fest menceritakan tentang taman tema sempena sambutan hari Halloween di Amerika. Jadi umpama rumah hantu yang besar lah dan ada 6 orang remaja iaitu 3 pasang ke dalam tu untuk merasa thrill konon menyaksikan tempat tersebut. Jadi, mereka mencabar sesama mereka sambil merasai pengalaman dalam taman tersebut. Secara tiba-tiba mereka terserempak dengan seseorang yang bertopeng (cisss rip off filem Halloween sebagai Mike Myers pula) dan mereka merasakan orang tersebut hanyalah sengaja menakutkan mereka.Jadi terutama Natalie merasakan yang mereka dia cukup berani berdepan dengan semua kejutan dalam taman tersebut. 

Maka bermula lah pengembaraan mereka dalam tu bermula dengan kehilangan Gavin yang juga menyukai Natalie (watak utama). Dan mamat bertopeng tu seolah-olah menyukai aktivitinya memotong dan menikam orang-orang yang ada dalam taman tema tersebut. Tetapi orang yang dia buru adalah 3 pasangan tersebut yang seolah-olah seperti hanya membunuh seperti melakukan aktiviti sukan. Ok, secara keseluruhannya filem Hell Fest jalan ceritanya adalah mudah dijangka dan tidaklah sehebat filem Scream. Maybe filem ni hanya untuk para penakut sahaja. Satu benda aku perasan adalah filem ni macam copy and paste filem Halloween sahaja dengan hanya menukar warna filem itu. Trailer di bawah;

Pelakon-pelakon:

1- Amy Forsyth - Natalie
2- Reign Edwards - Brooke
3- Bex Taylor-Klaus - Taylor
4- Christian James - Quinn
5- Matt Mercurio - Asher
6- Robby Attal - Gavin
7- Stephen Conroy - Lelaki Bertopeng

Rating 3/5





Dan seterusnya filem kedua iaitu filem Wiro Sableng atau Wiro Sableng 212 iaitu yang berdasarkan komik yang dilukis oleh Bastian Tito... rasanya aku pernah baca dulu sewaktu sekolah rendah di SRK Wallace Bay, Tawau yang lokasi sekolah terletak di Pulau Sebatik bersempadan dengan Indonesia. Ya untuk filem ini heronya adalah Vino Bastian anak kepada Allahyarhan Bastian Tito. Untuk pengetahuan semua yang Wiro Sableng bererti Wira atau Pahlawan Gila. Ianya bahasa Jawa rasanya. Kisahnya bermula dengan sebuah kampung diserang oleh Mahesa Birawa dan gengnya dan mereka membunuh hampir kesemua penduduk dalamnya tetapi seorang anak kecil bernama Wira berjaya diselamatkan oleh seorang nenek tua bernama Sinto Gendeng. 


kredit cinema.com.my

Wira membesar dibawah jagaan Sinto Gendeng dan Wira diajar ilmu persilatan dan diperturunkan ilmu jurus. Sinto Gendeng yang seperti nenek kebayan itu juga menerangkan yang Mahesa Birawa merupakan bekas muridnya tetapi sudah menderhaka kepadanya. Jadi apabila Wira telah membesar dan gagah, dia pun mengembara untuk menangkap Mahesa Birawa dibawa balik ke kawasan gunung. Wira yang sudah bertukar nama menjadi Wiro Sableng telah dikurniakan ilmu 212 dan kapak naga yang berkuasa. Maka bermula lah pengembaraan Wiro yang penuh cabaran dan juga lucu. Perlahan-lahan dia menemui rakan-rakan barunya dan berjayakah dia mematahkan serangan Mahesa Birawa yang bersekongkol menjatuhkan kerajaan yang sedia ada? 

Sebenarnya filem ini lebih menghiburkan dari filem Hell Fest dan aksi persilatan yang memang jitu walau Vino Bastian sendiri nampak sedikit kaku berbanding Yayan yang juga memegang watak sebagai Mahesa Birawa menunjukkan aksi silat yang hebat. Cecep juga yang merupakan guru silat terkenal juga melakonkan watak sebagai lanun yang membantu rampasan kuasa ke atas kerajaan di situ.

Pelakon-pelakon:

1- Vino Bastian - Wiro Sableng
2- Sherina Munaf - Anggini
3- Marsha Timothy - Bidadari Angin Timur
4- Fariz Alfarizi - Bujang Gila Tapak Sakti
5- Happy Salma - Suci
6- Dwi Sasono - Raja Kamandaka
7- Yayan Ruhian - Mahesa Birawa
8- Andy /rif - Dewa Tuak
9- Cecep Arif Rahman - Bajak Laut Bagaspati
10- Lukman Sardi - Werku Alit
11- Ruth Marini - Sinto Gendeng

Rating 4.3/5


(p/s: Bagus kamu menonton filem Wiro Sableng daripada Hell Fest yang membosankan)

Tuesday, September 25, 2018

Johnny English Strikes Again : Encik Bean Kembali

Mungkin ramai yang menantikan kesinambungan kisah Rowan Atkinson atau yang lebih popular sebagai Mr. Bean aka Encik Kacang beraksi kembali dalam parodi filem pengintipan dengan watak Johnny English. Ya, kali ini dia dah kembali sebagai watak tersebut. Ini merupakan filem ketiga dalam rangkaian filem Johnny English. Ianya bermula pada tahun 2003, Johnny English lalu pada 2011, Johnny English Reborn dan kali ini untuk 2018 ianya berjudul Johnny English Strikes Again. 


kredit untuk Universal Film


Filem ini adalah hiburan ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Ianya bermula dengan Johnny English yang sudah tidak berkhidmat dengan badan MI7 iaitu agensi perisikan British. Dia bekerja sebagai seorang guru geografi tetapi dia mengajar murid-muridnya untuk menjadi pengintip. Sehinggalah dia mendapat sepucuk surat yang dia dikehendaki kembali bertugas sebagai pengintip.Semasa mengadakan pertemuan dengan pengintip-pengintip yang tua, dia secara tidak sengaja "membunuh" rakan-rakan sekerjanya menggunakan pen yang boleh menjadi bahan letupan. 

Kelucuan itu juga tidak terhenti setakat itu. Dia juga menyebabkan sebuah restoran di Perancis terbakar atas kelalaian dia sendiri yang menyamar sebagai pelayan bersama dengan temannya Angus Bough semata-mata untuk mencuri telefon bimbit orang yang mereka syaki sebagai sasaran dan rupanya orang itu adalah seorang...... ok aku rasa tak perlulah aku singkap dengan lebih detail. Nanti korang cakap mamat ni suka reveal too much spoiler pula kan? Pada aku filem ini aku bagi rating 3.8/5 dan sesuai korang bawa keluarga menonton hujung minggu bersama anak-anak. Ok lah aku reveal sikit-sikit babak lucu;

kredit untuk Universal Film


1- Semasa memakai VR.
2- Memandu kereta old school hingga habis minyak.
3- Memakai baju besi zaman pertengahan
.... dan banyak lagi

Pelakon-pelakon yang terlibat kali ini adalah:

1-Rowan Atkinson - Johnny English
2-Olga Kurylenko - Ophelia
3-Ben Miller - Angus Bough
4-Adam James - Pegasus
5- Emma Thompson - Perdana Menteri Britain
6-Jake Lacy - Jason Volta

Trailer filem ini pula adalah;



Monday, September 24, 2018

Paskal The Movie dan Aku Ada Dalam Tu.


Aku dah menonton filem Paskal the Movie kelmarin dengan rakan-rakan dan juga teman yang juga pensyarah dari Zamboanga yang pulang untuk memperbetulkan dokumen pengenalan dia. Ternyata sudah beberapa bulan kami tidak bertemu. Mereka berada di Asia City menikmati sup kaki ayam yang tengah famous sekarang di Kota Kinabalu. Mana tau ada orang nak. Nantilah aku blog tapi aku tidaklah suka dengan kaki ayam sebenarnya dan aku lebih prefer makan isi ayam atau bontot aka tungking ayam (bishop nose in English).

Kalau ikutkan poster filem, ianya hanya akan ditayangkan pada 27hb September 2018 secara rasmi di seluruh negara.Tapi pawagam yang kami pergi ini biasanya dia peduli apa kerana dia akan tayangkan sehari awal atau seminggu awal. pawagam tersebut adalah Growball Cineplex yang terletak di tingkat 5 dan 8 pusat membeli belah Center Point, Kota Kinabalu. Harga tiket pun adalah murah kecuali dia filem baru ditayangkan iaitu Paskal the Movie yang berharga RM8/orang dan tiada diskaun bagi pelajar sekali pun. Tayangkan kami adalah dalam jam 9.55 malam dan sebab itu harga tiket dia RM8 dan tayangan sebelum jam 6.00 petang adalah RM7. Pada hari Isnin adalah female day dan buat semua wanita tiket hanya RM6/orang dan male day adalah hari Selasa tiket berharga RM6/orang seluruh hari. Movie day pula pada hari Rabu dan harga rata RM6 (kecuali bagi filem baru ditayangkan pada hari tersebut).




Filem bermula jam 9.55 malam jadi kami masuk ke dalam dewan tayangan iaitu Hall 6. Atas nasihat aku, kami memilih duduk barisan paling hadapan dan 3 orang teman lagi menyatakan mereka tidak pernah duduk tempat paling depan dan terasa ganjil mereka rasa.Kalau aku dengan Rafi, kami memang akan pilih seat paling depan tu dan sekarang nampaknya ada sudah orang follow style kami... poser!!!! Satu lagi peringatan bagi yang belum menonton filem ini, ada sedikit spoiler akan saya masukkan. Tidaklah banyak dan bakal mengganggu keinginan menonton filem ini. 

Filem ini berkisah tentang Leftenan Komander Arman Anwar yang memasuki angkatan Tentera laut DiRaja Malaysia dan seterusnya mengikuti latihan untuk memasuki pasukan elit TLDM iaitu PASKAL atau Pasukan Khas Laut. Mula filem menceritakan beliau yang dalam dilema untuk memilih antara negara atau keluarga. Ibu beliau tidak merestui beliau memasuki angkatan tentera kerana Allahyarham ayahnya sendiri anggota PASKAL dan  terkorban semasa dalam satu operasi ketenteraan. Seterusnya Arman ingin berhenti dari PASKAL selepas teman rapatnya iaitu Joshua terkorban semasa menyertai pasukan PBB atau UN di wilayah bergolak Angola dan masa itu mereka bertiga ke sana iaitu mereka telah dipilih pada awalnya untuk latihan bersama Navy SEAL US. Pihak PBB menyalahkan Jeb iaitu salah seorang dari mereka bertiga kerana menembak pengganas di Angola yang telah menyerah dengan menembak ke arahnya secara "point blank" atau tembak dari jarak dekat.
Daripada peristiwa itu, Jeb diberhentikan dari pasukan TLDM.



Arman berasa bertanggungjawab atas kematian Joshua dan dia ingin menjaga balu iaitu Lily dan anak Joshua iaitu Joey yang masih kecil. Arman dan ibunya umpama keluarga angkat bagi balu Joshua anak beranak. Ibu Arman kelihatan sudah tidak kesunyian selepas itu. Satu lagi yang menarik mengenai filem ini ialan shooting banyak dilakukan di sekitar Sabah walau tempat tidak dinyatakan. Bagi orang Sabah seperti aku, sudah tentu berasa amat bangga dengan filem ini. Shooting banyak dibuat di Kota Kinabalu, pengkalan TLDM Teluk Sepanggar, Semporna, Lahad Datu, Sandakan. Mula kisah ini adalah bercerita mengenai rampasan kapal Malaysia berdekatan dengan Teluk Aden oleh lanun-lanun Somalia iaitu MT Bunga Laurel dan bagaimana PASKAL berjaya mematahkannya. Banyak fakta juga dalam filem ini dan peristiwa sebenar tetapi ada juga yang fiksyen. 

Sebenarnya aku adalah salah seorang pelakon tambahan dalam filem itu (hahahahaah ketawa besar macam penjahat). Iya benar aku salah seorang pelakon ekstra filem tu. Mula-mula aku dapat tawaran tu untuk menjadi pegawai kedutaan Filipina kerana mereka mencari sesiapa yang boleh berbahasa Tagalog dan English. Jadi pegawai kedutaan lah konon. Tapi sekali tengok sampai di sana, terus tukar cerita jadi Engineer dalam kapal. Suit segala terus tak bergunalah dan disuruh pakai baju Engine Room atau krew kapal.Shooting itu dilakukan pada 22hb April 2018. Info dari mereka dulu yang filem ini cuma akan siap dalam masa 2 tahun lagi dan tak sangka ianya siap awal.


muka aku penuh minyak



Steve Yap yang melakonkan watak Ah Boon yang terhantuk kepala dalam bilik enjin. Dia ni model. Klik sini


Memang memenatkan scene ni. Sudahlah kasut berat dan take sebanyak 4-5 kali lah juga. Aku rasa bagus aku buat peraduan macam game "Where's Wally?" dan cari mana aku... Ok, klu dia sewaktu serangan lanun Somalia keatas kapal MT Bunga Laurel dan dalam bilik enjin dan selepas arahan untuk lari ke citadel. Aku ada lah sana tapi laju macam The Flash hahahaa. Kalau korang nak tahu, ini adalah pengalaman kedua jadi pelakon tambahan dalam filem. Yang pertama merupakan telefilem Jerman juga shoot di Kota Kinabalu. Berjalan pegang-pegang tangan entah dengan awek mana. Lupa tanya nama dia. Pengalaman dalam teater banyak lah ada lah dalam 5 kali sebelum ini. 

Balik tentan filem Paskal, filem ini bagi aku tidak tipikal dan rating adalah 4.5/5. Memang terbaik dan efek pun bagus sebab dinding pun lobang-lobang kena tembak. Memang terbaik lah. Pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah:

1- Hairul Azreen - Arman Anwar
2- Ammar Alfian - Jeb
3- Hafizul Kamal - Bintara Muda Imran
4- Gambit Saifullah - Adam aka Gagak 
5- Taufiq Hanafi - Ustat
6- Namron
7- Jasmine Suraya Chin - Lily
8- Eizlan Yusuf
9- Steve Yap - Ah Boon

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini kerana sarat dengan aksi yang mendebarkan dan penonton ramai tepuk tangan selepas menyaksikannya kerana filem ini benar-benar hebat.Ada satu scene juga mereka berjalan atas kapal selam Malaysia.. Fuhhh bangga. Tapi satu yang tidak baik sebelum tayangan ini adalah kenyataan Hairul Azreen yang menyatakan beliau hampir diculik dan sebenarnya tidak ada. Sebagai rakyat Sabah, kalau boleh Hairul Azreen minta maaf lah atas kenyataan itu dan ramai pula teman-teman tidak mahu menontonnya kerana beliau tidak mahu meminta maaf. Anyway, buat yang belum tengok, saksikan trailer filem tersebut di bawah. Selamat menonton.