Friday, August 10, 2012

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang di dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1-Ahad atau Rabu, malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2-Isnin - 21 Ramadhan

3-Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan

4-Khamis - 25 Ramadhan

5-Sabtu - 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Walau bagaimana pun , janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar:

1- itu tenang, tidak dingin dan tidak panas

2-Siangnya cahaya matahari warnanya pucat

3-Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Itu sahaja perkongsian sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah SWT.

Wallahu'alam...