Sunday, September 23, 2018

Aku Bosan............



Begitulah hari ini aku rasa tidak begitu produktif. Impian untuk melakukan olahraga atau pun jogging waktu pagi tergendala akibat hujan yang turun tidak berhenti sudah beberapa hari dan menerbitkan rasa malas dalam diri. Ya, aku sebenarnya masih berusaha memujuk hati untuk masukkan atau enable comment section di blog ini. Tapi rasanya kalau ada komen pun aku tidak akan balas kalau atas blog ini. Aku lebih suka membalas di media sosial. Jadi ada benda untuk dibahaskan. 

Tadi masih aku memerhatikan buku-buku yang belum habis dibaca dan aku mempunyai harapan yang buku-buku itu akan terbang ke depan aku dan membuka helai demi helai apa yang akan ku baca. Aku masa memegang... Harap-harap minggu depan perasaan bosan ini akan hilang dan digantikan dengan sesuatu yang produktif dan tidak akan berhenti di situ saja. Buku yang aku sedang tulis masih terbengkalai dan harapan tidak akan berhenti di situ sahaja atau menjadi habuk dalam memori.

Aku sebenarnya ingin meluahkan banyak benda untuk dunia tahu yang aku wujud. Tapi buat macam mana pun orang tidak akan peduli dengan apa yang akan aku katakan. untuk proper url, minggu depan aku akan mula meletakkan domain aku sendiri dan tidak akan menumpang forwarding domain teman dari Turkiye ini lagi. Ya, sampai bila pun aku tidak harus bergantung terus dengan teman-teman kerana mereka pun punya hidup sendiri yang tidak harus aku ganggu. Minggu depan cuti UPSR dan aku akan spend time dengan anak aku. Maybe kami akan melakukan camping di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Mungkin di Tanjung Lipat supaya banyak memori indah dia dengan aku sebagai ayahnya. 

Aku terkadang juga merasa lemas dengan hidup ini kerana aku pernah terlintas membuat sesuatu yang bodoh. Tapi ianya terhenti bila terbayangkan wajah anak aku. Hayyss.. rasanya aku lebih jujur di blog aku sendiri kerana orang tidak akan mengerti. Jadi aku harus mengerti diri aku sendiri sebelum orang lain mengerti aku kan?

Pagi tadi aku membaca satu berita sedih yang ada gadis masih muda jatuh (?) dari atas Jambatan Pulau Pinang. Apakah dia ingin menamatkan hidup seperti itu? Sedih... cukup sedih. Baru saja 22 tahun sudah melakukan seperti itu. Tapi husnuzon saja yang dia terjatuh dan bukan bunuh diri. Kita tidak tahu kisah sebenarnya. Jadi mengakhiri hidup seperti itu adalah tidak wajar. Baca sini untuk berita lanjut (link).

Teman iaitu Nelson baru saja menelefon ingin bertemu dengan Nur Danial teman yang juga pensyarah di WMSU Zamboanga. Nampaknya akan bertemu mereka selepas ini. Ohh iya... terima kasih buat semua yang sering memberi motivasi selama ini.. I really appreciate it. Ok.. off for now.