Tuesday, September 25, 2018

Johnny English Strikes Again : Encik Bean Kembali

Mungkin ramai yang menantikan kesinambungan kisah Rowan Atkinson atau yang lebih popular sebagai Mr. Bean aka Encik Kacang beraksi kembali dalam parodi filem pengintipan dengan watak Johnny English. Ya, kali ini dia dah kembali sebagai watak tersebut. Ini merupakan filem ketiga dalam rangkaian filem Johnny English. Ianya bermula pada tahun 2003, Johnny English lalu pada 2011, Johnny English Reborn dan kali ini untuk 2018 ianya berjudul Johnny English Strikes Again. 


kredit untuk Universal Film


Filem ini adalah hiburan ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Ianya bermula dengan Johnny English yang sudah tidak berkhidmat dengan badan MI7 iaitu agensi perisikan British. Dia bekerja sebagai seorang guru geografi tetapi dia mengajar murid-muridnya untuk menjadi pengintip. Sehinggalah dia mendapat sepucuk surat yang dia dikehendaki kembali bertugas sebagai pengintip.Semasa mengadakan pertemuan dengan pengintip-pengintip yang tua, dia secara tidak sengaja "membunuh" rakan-rakan sekerjanya menggunakan pen yang boleh menjadi bahan letupan. 

Kelucuan itu juga tidak terhenti setakat itu. Dia juga menyebabkan sebuah restoran di Perancis terbakar atas kelalaian dia sendiri yang menyamar sebagai pelayan bersama dengan temannya Angus Bough semata-mata untuk mencuri telefon bimbit orang yang mereka syaki sebagai sasaran dan rupanya orang itu adalah seorang...... ok aku rasa tak perlulah aku singkap dengan lebih detail. Nanti korang cakap mamat ni suka reveal too much spoiler pula kan? Pada aku filem ini aku bagi rating 3.8/5 dan sesuai korang bawa keluarga menonton hujung minggu bersama anak-anak. Ok lah aku reveal sikit-sikit babak lucu;

kredit untuk Universal Film


1- Semasa memakai VR.
2- Memandu kereta old school hingga habis minyak.
3- Memakai baju besi zaman pertengahan
.... dan banyak lagi

Pelakon-pelakon yang terlibat kali ini adalah:

1-Rowan Atkinson - Johnny English
2-Olga Kurylenko - Ophelia
3-Ben Miller - Angus Bough
4-Adam James - Pegasus
5- Emma Thompson - Perdana Menteri Britain
6-Jake Lacy - Jason Volta

Trailer filem ini pula adalah;