Monday, September 17, 2018

Kesan-Kesan Terkena Penyakit Cinta




Setiap kali seseorang jatuh cinta akan wujud beberapa.kesan atau efek yang disedari atau tidak oleh mereka yang jatuh cinta. 

1- Mereka yang jatuh cinta akan sukar membuat tugasan yang berkaitan dengan penumpuan dan perhatian. Perkara ini berlaku diawal perhubungan cinta. Ini adalah apabila sebahagian besar sumber daya kognitif seseorang terbuang pada pemikiran tentang yang lain iaitu yang penting.

2- Mereka yang jatuh cinta akan merasa euforik atau dalam erti kata lain perasaan sejahtera kerana otak mereka ada kalanya tidak dapat menjelaskan realiti sesuatu keadaan itu. Perkara ini juga adalah sama kesannya dengan pengambilan ubat-ubatan atau dadah.

3- Pesakit cinta juga tidak akan berasa sakit apabila terhantuk atau yang sewaktu dengannya. Ini adalah kerana kesan cinta yang kuat akan mempengaruhi bahagian otak yang lain. 

4- pergerakan atau pun berjalan akan menjadi lambat berbeza dengan keadaan sebelum jatuh cinta. Ini adalah kerana pesakit Cinta akan mencuba melangkah perlahan-lahan untuk serentak dengan pasangan yang mereka cintai. Jadi, awas!! Apabila pasangan kamu mula melangkah jauh, maknanya perasaan dia terhadap kamu tidaklah sama seperti mula-mula bersama sebelumnya.

“Absence and time are nothing when you love someone.”
-Alfred de Musset-

5- Detakan jantung mereka yang jatuh cinta juga adalah seirama. Percaya atau tidak, cuba dengar.. Dan keadaan seperti nombor 4 juga akan berlaku dalam satu jangka masa yang panjang.

6- Cinta itu buta? Sebenarnya tidak. Orang yang mengalaminya yang buta. Orang yang diserang penyakit cinta biasanya akan buta dengan sifat sebenar pasangan mereka. Walau kentut akan terhidu harum.. 

7- Satu lagi keadaan mereka yang jatuh cinta boleh kita lihat melalui anak mata mereka yang membesar dan kelihatan terbuka luas dan bersinar. 

“Love never has reasons. Neither does lack of love. They are all miracles.”
-Eugene O’ Neill-

8- Jatuh cinta juga akan membuatkan anda berani. Mempertahankan pasangan yang dicintai kerana sesuatu yang dipercayai secara melulu. Persamaan ini juga boleh dilihat pada haiwan yang mempertahankan pasangan.

*1- Henk Van Steenbergen, Leiden University, Netherlands. 2- Lucy Brown, Albert Einstein College of Medicine. 3- Arthur Aron, Stony Brook University.