Saturday, September 22, 2018

Me and My Beard (Aku dan Janggut Aku)

time mula-mula
Mungkin inilah blog entri aku yang narcissist. Ada lagi yang sebelumnya tapi lupa... maybe aku malas nak fikir balik entri-entri yang dahulu.. sebab bagi aku blogging ini umpama tempat luahan rasa atau curhat. Ya... orang Indonesia kata curhat.. kalau tidak aku akan jadi gila kerana terlalu bebankan kepala otak dengan perkara-perkara dari sekecil hama hinggalah sebesar gajah..

Aku asyik melihat janggut aku yang semakin lebat dan panjang.. bermula dengan cabaran seorang kawan iaitu Jeff dari Tawau katanya pondan untuk tidak menyimpan janggut. Ya simpan janggut nampak "macho" ujar orang putih. Aku pun malas untuk cukur selalu janggut sebab nampak macam pondan atau "bantut" (dalam dialek Suluk). Ya aku nekad untuk simpan sehingga panjang entah sampai mana... 

time 4th of July
Baru-baru ini ada juga ke Singapura.. biasalah aku selalu cari alasan untuk travel dan satu cara adalah bermain Ingress. Ingress is my escapism lah kiranya. Cara nak lupakan kesedihan konon.. kalau benda berjaya dilupakan ok lah ini tidak.. ianya akan membentuk dalam kepada dan perasaan secara non-stop... Aku makin banyak belajar dari hasil pengembaraan aku yang ke sana-sini... ya.. aku mengharapkan suatu tempat untuk dipanggil sebagai "rumah" yang boleh aku rehatkan kepala dan berhenti berfikir. 

Next trip maybe New Zealand selama 2 bulan.. bawa perasaan antara salji-salji dan haiwan gunung yang kelihatan keras. Tapi itu cuma rencana atau rancangan tapi belum lagi ada hitam-putih yang aku boleh katakan sebagai ya. Baru sebagai perancangan yang tidak tahu akan tercapai atau tidak. Menunggu info dari Nasir terasa seperti menunggu lauk atau dodol dimasak. Memang lama rasanya dan dalam pada itu buku yang ku tulis masih tertangguh maybe kerana writer's block. Ya aku inginkan inspirasi dari sekeliling. Supaya dapat inspirasikan aku dan aku dapat inspirasikan orang sekeliling juga. Atau maybe next entri aku cerita tentang Singapura yang sememangnya sebuah negara pulau moden dan maju dari segi infrastruktur dan juga sikap warganya. 


Chinatown, Singapura

Adios untuk entri kali ini.. rasanya mau bercerita sedikit tentang kisah di Singapura tapi depend dengan masa dan kerajinan untuk update blog.... aduhhhhhhh