Sunday, September 23, 2018

No Comment???!!!


Seperti tajuknya aku rasa aku akan mulakan blog aku ini kembali tanpa menerima komen disetiap entri blog aku. So, kalau ada nak komen atau apa pun, boleh terus ke Contact Form... sana bolehlah korang luahkan kemarahan ke, apa ke, kepada aku. atau pun boleh follow aku di twitter dan terus tweet kepada aku iaitu aku menggunakan username @rahzamdy. Jadi interaksi antara kita lebih baik atau kita boleh bahaskan sesuatu itu secara terus. Boleh juga add aku di facebook dan pastikan mesej aku dulu dengan menerangkan yang anda telah mengunjungi blog aku. Ya aku akan terima permintaan untuk menjadi teman aku. 




Maaf aku bukan rockstar untuk berbuat begini. Aku buat begini sebab ada komen berbaur perkauman pernah aku terima dan ianya langsung tidak sihat bagi aku. Apatah lagi yang komen itu cuba menyamar dibalik topeng Aunonymous konon. Dan aku tidak boleh terima itu. Jadi interaksi antara kita berdua adalah lebih baik. 

Aku juga memulakan tabung untuk derma di blog aku ini dan ianya bukanlah untuk aku. Kalau ada orang menderma, mostly wang itu adalah untuk projek kawan aku yang berada di sekitar Sabah. Projek mereka mostly untuk anak-anak pedalaman dengan membelikan mereka peralatan persekolahan. Setiap derma hanya RM5/orang (kalau ada yang nak dermakan). Jadi sesiapa nak derma, dipersilakan. Saya akan blog juga ke mana wang anda disalurkan sekiranya ianya datang dengan banyak. Ohh ya.... team favorit aku tadi baru sahaja belasah Southampton 3-0.. hahaahahah.. ok lah nak tidur. Goodnight.