Monday, September 24, 2018

Paskal The Movie dan Aku Ada Dalam Tu.


Aku dah menonton filem Paskal the Movie kelmarin dengan rakan-rakan dan juga teman yang juga pensyarah dari Zamboanga yang pulang untuk memperbetulkan dokumen pengenalan dia. Ternyata sudah beberapa bulan kami tidak bertemu. Mereka berada di Asia City menikmati sup kaki ayam yang tengah famous sekarang di Kota Kinabalu. Mana tau ada orang nak. Nantilah aku blog tapi aku tidaklah suka dengan kaki ayam sebenarnya dan aku lebih prefer makan isi ayam atau bontot aka tungking ayam (bishop nose in English).

Kalau ikutkan poster filem, ianya hanya akan ditayangkan pada 27hb September 2018 secara rasmi di seluruh negara.Tapi pawagam yang kami pergi ini biasanya dia peduli apa kerana dia akan tayangkan sehari awal atau seminggu awal. pawagam tersebut adalah Growball Cineplex yang terletak di tingkat 5 dan 8 pusat membeli belah Center Point, Kota Kinabalu. Harga tiket pun adalah murah kecuali dia filem baru ditayangkan iaitu Paskal the Movie yang berharga RM8/orang dan tiada diskaun bagi pelajar sekali pun. Tayangkan kami adalah dalam jam 9.55 malam dan sebab itu harga tiket dia RM8 dan tayangan sebelum jam 6.00 petang adalah RM7. Pada hari Isnin adalah female day dan buat semua wanita tiket hanya RM6/orang dan male day adalah hari Selasa tiket berharga RM6/orang seluruh hari. Movie day pula pada hari Rabu dan harga rata RM6 (kecuali bagi filem baru ditayangkan pada hari tersebut).




Filem bermula jam 9.55 malam jadi kami masuk ke dalam dewan tayangan iaitu Hall 6. Atas nasihat aku, kami memilih duduk barisan paling hadapan dan 3 orang teman lagi menyatakan mereka tidak pernah duduk tempat paling depan dan terasa ganjil mereka rasa.Kalau aku dengan Rafi, kami memang akan pilih seat paling depan tu dan sekarang nampaknya ada sudah orang follow style kami... poser!!!! Satu lagi peringatan bagi yang belum menonton filem ini, ada sedikit spoiler akan saya masukkan. Tidaklah banyak dan bakal mengganggu keinginan menonton filem ini. 

Filem ini berkisah tentang Leftenan Komander Arman Anwar yang memasuki angkatan Tentera laut DiRaja Malaysia dan seterusnya mengikuti latihan untuk memasuki pasukan elit TLDM iaitu PASKAL atau Pasukan Khas Laut. Mula filem menceritakan beliau yang dalam dilema untuk memilih antara negara atau keluarga. Ibu beliau tidak merestui beliau memasuki angkatan tentera kerana Allahyarham ayahnya sendiri anggota PASKAL dan  terkorban semasa dalam satu operasi ketenteraan. Seterusnya Arman ingin berhenti dari PASKAL selepas teman rapatnya iaitu Joshua terkorban semasa menyertai pasukan PBB atau UN di wilayah bergolak Angola dan masa itu mereka bertiga ke sana iaitu mereka telah dipilih pada awalnya untuk latihan bersama Navy SEAL US. Pihak PBB menyalahkan Jeb iaitu salah seorang dari mereka bertiga kerana menembak pengganas di Angola yang telah menyerah dengan menembak ke arahnya secara "point blank" atau tembak dari jarak dekat.
Daripada peristiwa itu, Jeb diberhentikan dari pasukan TLDM.



Arman berasa bertanggungjawab atas kematian Joshua dan dia ingin menjaga balu iaitu Lily dan anak Joshua iaitu Joey yang masih kecil. Arman dan ibunya umpama keluarga angkat bagi balu Joshua anak beranak. Ibu Arman kelihatan sudah tidak kesunyian selepas itu. Satu lagi yang menarik mengenai filem ini ialan shooting banyak dilakukan di sekitar Sabah walau tempat tidak dinyatakan. Bagi orang Sabah seperti aku, sudah tentu berasa amat bangga dengan filem ini. Shooting banyak dibuat di Kota Kinabalu, pengkalan TLDM Teluk Sepanggar, Semporna, Lahad Datu, Sandakan. Mula kisah ini adalah bercerita mengenai rampasan kapal Malaysia berdekatan dengan Teluk Aden oleh lanun-lanun Somalia iaitu MT Bunga Laurel dan bagaimana PASKAL berjaya mematahkannya. Banyak fakta juga dalam filem ini dan peristiwa sebenar tetapi ada juga yang fiksyen. 

Sebenarnya aku adalah salah seorang pelakon tambahan dalam filem itu (hahahahaah ketawa besar macam penjahat). Iya benar aku salah seorang pelakon ekstra filem tu. Mula-mula aku dapat tawaran tu untuk menjadi pegawai kedutaan Filipina kerana mereka mencari sesiapa yang boleh berbahasa Tagalog dan English. Jadi pegawai kedutaan lah konon. Tapi sekali tengok sampai di sana, terus tukar cerita jadi Engineer dalam kapal. Suit segala terus tak bergunalah dan disuruh pakai baju Engine Room atau krew kapal.Shooting itu dilakukan pada 22hb April 2018. Info dari mereka dulu yang filem ini cuma akan siap dalam masa 2 tahun lagi dan tak sangka ianya siap awal.


muka aku penuh minyak



Steve Yap yang melakonkan watak Ah Boon yang terhantuk kepala dalam bilik enjin. Dia ni model. Klik sini


Memang memenatkan scene ni. Sudahlah kasut berat dan take sebanyak 4-5 kali lah juga. Aku rasa bagus aku buat peraduan macam game "Where's Wally?" dan cari mana aku... Ok, klu dia sewaktu serangan lanun Somalia keatas kapal MT Bunga Laurel dan dalam bilik enjin dan selepas arahan untuk lari ke citadel. Aku ada lah sana tapi laju macam The Flash hahahaa. Kalau korang nak tahu, ini adalah pengalaman kedua jadi pelakon tambahan dalam filem. Yang pertama merupakan telefilem Jerman juga shoot di Kota Kinabalu. Berjalan pegang-pegang tangan entah dengan awek mana. Lupa tanya nama dia. Pengalaman dalam teater banyak lah ada lah dalam 5 kali sebelum ini. 

Balik tentan filem Paskal, filem ini bagi aku tidak tipikal dan rating adalah 4.5/5. Memang terbaik dan efek pun bagus sebab dinding pun lobang-lobang kena tembak. Memang terbaik lah. Pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah:

1- Hairul Azreen - Arman Anwar
2- Ammar Alfian - Jeb
3- Hafizul Kamal - Bintara Muda Imran
4- Gambit Saifullah - Adam aka Gagak 
5- Taufiq Hanafi - Ustat
6- Namron
7- Jasmine Suraya Chin - Lily
8- Eizlan Yusuf
9- Steve Yap - Ah Boon

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini kerana sarat dengan aksi yang mendebarkan dan penonton ramai tepuk tangan selepas menyaksikannya kerana filem ini benar-benar hebat.Ada satu scene juga mereka berjalan atas kapal selam Malaysia.. Fuhhh bangga. Tapi satu yang tidak baik sebelum tayangan ini adalah kenyataan Hairul Azreen yang menyatakan beliau hampir diculik dan sebenarnya tidak ada. Sebagai rakyat Sabah, kalau boleh Hairul Azreen minta maaf lah atas kenyataan itu dan ramai pula teman-teman tidak mahu menontonnya kerana beliau tidak mahu meminta maaf. Anyway, buat yang belum tengok, saksikan trailer filem tersebut di bawah. Selamat menonton.