Sunday, October 21, 2018

Air Paip Di Malaysia Boleh Diminum Terus?




Hai, kita bertemu lagi dalam blog entri terbaru. pasti korang ada dengar tentang berita baru-baru ini yang menyatakan yang air paip di Malaysia boleh diminum secara terus. Ianya telah disuarakan di parlimen oleh Dr. Xavier setelah disoal oleh ahli parlimen Kuala Kurau iaitu Dato Seri Dr. Ismail Mohd. Said. Mungkinkah yang air minum kita selamat diminum terus seperti air paip di Singapura? Sebenarnya ya, air paip kita boleh diminum secara terus. Cuma satu persoalan, adakah rasa klorin pada air paip kita akan memudaratkan kesihatan? Sebenarnya tidak kalau dalam kandungan yang terkawal berbanding dengan kandungan terlalu tinggi. Klorin sebenarnya membunuh kuman dalam air dan menjadikan ianya air terawat. Jadi janganlah risau kerana ianya memang boleh diminum cuma atas nasihat pakai kesihatan kita kena lah juga memasak air tersebut.

Antara kandungan yang terdapat dalam air terawat adalah;


  • Klorin cecair
  • Sodium silicofluoride
  • Aluminium Sulphate
  • Fluorosilicic acid
  • Calcium hydroxide
Kalau kita lihat ya memang terdapat kandungan unsur seperti kalsium dan fluorida atau fluoride dalam air paip kita. Sebenarnya bahan tersebut adalah pencegah kereputan dan kerosakan gigi terutama kepada kita semua. Sebab itu kita dikehendaki berkumur-kumur dengan air paip (sekurang-kurangnya) kalau tidak memberus gigi selepas makan. Ianya membantu gigi kita dari rosak atau mudarat akibat makanan yang kita kunyah atau minuman bergula yang kita minum.

Berbanding di negara lain contohnya UK, kandungan bahan kimia di air paip negara itu berbeza dengan kita dan satu lagi bahan seperti fluorida atau fluoride diharamkan dalam air paip di negara-negara di Eropah. Kalau di Asia Tenggara, maknanya negara kita adalah kedua selepas Singapura bagi air paip yang boleh diminum terus. Cuma rasa air paip di Singapura adalah berbeza dengan kita di sini. Apakah itu kesan ianya adalah "new water" (yucckkk). Kalau korang tahu bagaimana new water diproses pasti korang tidak akan mahu minum. 

Standard air paip di negara kita menggunakan standard National Standard For Drinking Water Quality (versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO (World Health Organization). Tetapi dewasa ini, ramai antara kita mengadu yang air paip kita berwarna kuning atau adakala berwarna hitam atau cokelat. Ianya adalah disebabkan oleh kerja-kerja perpaipan yang tidak bagus dan juga pencemaran unsur lain seperti aluminium, besi dan manganese. Biasanya kerja perpaipan yang menggunakan bahan daripada besi, biasanya ia akan bertahan selama 5 hingga ke 10 tahun. Bagi yang menggunakan HDPE (High Density Polythylene), atau plastik, biasanya agak lama iaitu 15 hingga ke 20 tahun. Penyelenggaraan kerja-kerja perpaipan adalah perlu dari masa ke semasa. 

Kebanyakan pada masa kini banyak jenama yang mempromosikan barang-barang seperti penapis air atau pun water dispenser dalam pelbagai jenama. Sebenarnya, ia tidaklah digalakkan oleh Jabatan Air kita kerana ianya boleh mengurangkan kewujudan FRC atau Free Residual Chlorine yang tugasnya membasmi bakteria. 

Jadi, buat kita semua di Malaysia, janganlah kita ragu-ragu terhadap air paip di negara kita dan kalau air paip kita mengalami pencemaran seperti warnanya berubah, cepat-cepatlah kita adukan masalah tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab untuk pemeriksaan dan seterusnya penyelenggaraan perpaipan tempat anda. 

Rujukan:

Astro Awani, Oktober 17, 2018. Bekalan Air Terus Daripada Paip Selamat untuk Diminum, http://www.astroawani.com/video-malaysia/bekalan-air-terus-daripada-paip-selamat-untuk-diminum-281422

Ministry of Health, 2010. Drinking Water Quality Surveillance Programme (FAQ: Soalan-Soalan Lazim) http://kmam.moh.gov.my/faq.html

Open College, Do You Know What's In Your Tap Water? https://www.opencollege.info/do-you-know-whats-in-your-tap-water/

Namri Sidek, 2017, 28 April, Bolehkah Kita Minum Terus Dari Air Paip? https://iluminasi.com/bm/bolehkah-kita-minum-terus-air-dari-paip-jawapannya-boleh.html