Saturday, October 6, 2018

Hell Fest atau Wiro Sableng 212

Ok hari ni terasa bosan yang melampaukan selepas sahaja temujanji dengan doktor di hospital. Aku seperti hilang arah lepas temujanji dan terasa tekak aku pun semakin sakit dan bukan kerana terlalu merokok atau hisap vape. Semuanya disebabkan oleh cuaca sekarang ini yang tidak menentu dan aku dapati ramai juga yang sakit di sekitar aku. Selepas itu, aku pergi ke Center Point Mall iaitu pusat membeli belah yang paling kami sukai untuk menonton filem kerana mereka mempunyai pawagam termurah di dunia. Aku membeli tiket untuk Hell Fest sebuah filem yang seram (kononnya) walaupun nama filem dia macam rip off festival heavy metal yang dari Syracuse, New York dan Perancis. Ya Hell Fest dan Wiro Sableng sebenarnya... Aku sudah mengetahui secara awal yang filem Wiro Sableng adalah lucu kerana pernah menonton filem lamanya.

tiket wayang
Iya, aku menonton show Hell Fest jam 1.05 petang dan Wiro Sableng jam 3.50 petang. Penjual tiket pun ada memberitahu yang ramai sekali memilih menonton filem Hell Fest berbanding Gehennah (bunyi seperti band black metal kegemaran Taufiq) jadi aku memilih filem itu... nampak gambar pun macam best, seperti masuk ke dalam konsert HellFest hahahaha.

kredit untuk imdb.com
Ya macam masuk ke dalam konsert heavy metal kan?? dan di bawah pula adalah poster bagi HellFest tahun ini pada bulan Jun di Perancis. 


Filem Hell Fest menceritakan tentang taman tema sempena sambutan hari Halloween di Amerika. Jadi umpama rumah hantu yang besar lah dan ada 6 orang remaja iaitu 3 pasang ke dalam tu untuk merasa thrill konon menyaksikan tempat tersebut. Jadi, mereka mencabar sesama mereka sambil merasai pengalaman dalam taman tersebut. Secara tiba-tiba mereka terserempak dengan seseorang yang bertopeng (cisss rip off filem Halloween sebagai Mike Myers pula) dan mereka merasakan orang tersebut hanyalah sengaja menakutkan mereka.Jadi terutama Natalie merasakan yang mereka dia cukup berani berdepan dengan semua kejutan dalam taman tersebut. 

Maka bermula lah pengembaraan mereka dalam tu bermula dengan kehilangan Gavin yang juga menyukai Natalie (watak utama). Dan mamat bertopeng tu seolah-olah menyukai aktivitinya memotong dan menikam orang-orang yang ada dalam taman tema tersebut. Tetapi orang yang dia buru adalah 3 pasangan tersebut yang seolah-olah seperti hanya membunuh seperti melakukan aktiviti sukan. Ok, secara keseluruhannya filem Hell Fest jalan ceritanya adalah mudah dijangka dan tidaklah sehebat filem Scream. Maybe filem ni hanya untuk para penakut sahaja. Satu benda aku perasan adalah filem ni macam copy and paste filem Halloween sahaja dengan hanya menukar warna filem itu. Trailer di bawah;

Pelakon-pelakon:

1- Amy Forsyth - Natalie
2- Reign Edwards - Brooke
3- Bex Taylor-Klaus - Taylor
4- Christian James - Quinn
5- Matt Mercurio - Asher
6- Robby Attal - Gavin
7- Stephen Conroy - Lelaki Bertopeng

Rating 3/5





Dan seterusnya filem kedua iaitu filem Wiro Sableng atau Wiro Sableng 212 iaitu yang berdasarkan komik yang dilukis oleh Bastian Tito... rasanya aku pernah baca dulu sewaktu sekolah rendah di SRK Wallace Bay, Tawau yang lokasi sekolah terletak di Pulau Sebatik bersempadan dengan Indonesia. Ya untuk filem ini heronya adalah Vino Bastian anak kepada Allahyarhan Bastian Tito. Untuk pengetahuan semua yang Wiro Sableng bererti Wira atau Pahlawan Gila. Ianya bahasa Jawa rasanya. Kisahnya bermula dengan sebuah kampung diserang oleh Mahesa Birawa dan gengnya dan mereka membunuh hampir kesemua penduduk dalamnya tetapi seorang anak kecil bernama Wira berjaya diselamatkan oleh seorang nenek tua bernama Sinto Gendeng. 


kredit cinema.com.my

Wira membesar dibawah jagaan Sinto Gendeng dan Wira diajar ilmu persilatan dan diperturunkan ilmu jurus. Sinto Gendeng yang seperti nenek kebayan itu juga menerangkan yang Mahesa Birawa merupakan bekas muridnya tetapi sudah menderhaka kepadanya. Jadi apabila Wira telah membesar dan gagah, dia pun mengembara untuk menangkap Mahesa Birawa dibawa balik ke kawasan gunung. Wira yang sudah bertukar nama menjadi Wiro Sableng telah dikurniakan ilmu 212 dan kapak naga yang berkuasa. Maka bermula lah pengembaraan Wiro yang penuh cabaran dan juga lucu. Perlahan-lahan dia menemui rakan-rakan barunya dan berjayakah dia mematahkan serangan Mahesa Birawa yang bersekongkol menjatuhkan kerajaan yang sedia ada? 

Sebenarnya filem ini lebih menghiburkan dari filem Hell Fest dan aksi persilatan yang memang jitu walau Vino Bastian sendiri nampak sedikit kaku berbanding Yayan yang juga memegang watak sebagai Mahesa Birawa menunjukkan aksi silat yang hebat. Cecep juga yang merupakan guru silat terkenal juga melakonkan watak sebagai lanun yang membantu rampasan kuasa ke atas kerajaan di situ.

Pelakon-pelakon:

1- Vino Bastian - Wiro Sableng
2- Sherina Munaf - Anggini
3- Marsha Timothy - Bidadari Angin Timur
4- Fariz Alfarizi - Bujang Gila Tapak Sakti
5- Happy Salma - Suci
6- Dwi Sasono - Raja Kamandaka
7- Yayan Ruhian - Mahesa Birawa
8- Andy /rif - Dewa Tuak
9- Cecep Arif Rahman - Bajak Laut Bagaspati
10- Lukman Sardi - Werku Alit
11- Ruth Marini - Sinto Gendeng

Rating 4.3/5


(p/s: Bagus kamu menonton filem Wiro Sableng daripada Hell Fest yang membosankan)