Friday, October 12, 2018

Review Untuk Filem "Venom"


Ini antara filem dari Marvel Universe yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat komik atau pun peminat filem mereka (terutama golongan milenial yang tidak pernah baca komik dan menonton animasi mereka). Venom ni dikira sebagai Anti Hero yang kira kejam juga sebab dia makan manusia. Maybe ramai pernah menonton Venom dalam filem Spiderman zaman Tobey Maguire iaitu watak yang jadi Venom tu ialah watak Eddie Brock yang juga wartawan yang desperate sangat mendapatkan berita dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor. 

Bagi filem ini, watak Eddie Brock dipegang oleh Tom Hardy yang juga terkenal sebagai aktor yang memegang watak utama dalam Mad Max dengan dialog "eeeerrrmmm" hahahaha dan juga sebagai juruterbang dalam Dunkirk. Dulu aku confuse Tom Hardy ni dengan Ray Park seorang aktor yang memang pandai dalam ilmu mempertahankan diri termasuklah pencak silat. Rupanya mereka dua orang yang berbeza (fail!!!). Ok berbalik kepada filem ini, Eddie Brock juga adalah watak yang sama iaitu seorang wartawan yang desperate mahu sangat berita hingga melanggar etika kewartawanan (walau sebenarnya aku sokong juga dia dalam filem ini). 


Permulaan filem ini ialah bercerita tentang kapal angkasa milik Life Foundation yang terhempas dengan penumpangnya iaitu hidupan angkasa yang memerlukan hidupan untuk menjadi hos mereka bagi terus hidup. Apa yang menariknya ialah kapal angkasa itu terhempas di Malaysia Timur iaitu ada kata di Sabah dan ada kata di Sarawak. Siap ada dialog pekerja wanita berkata "kasi dia minum air". Semenjak Crazy Rich Asian ni seolah-olah Hollywood memesongkan kamera mereka ke Malaysia (wow!!). Life Foundation cuba menutup mengenai peristiwa tersebut. Salah seorang mangsa iaitu juruterbang telah dijangkiti oleh makhluk asing simbiosis tersebut dan dalam van ambulan staff wanita telah dijangkiti dan mengembaralah makhluk asing tersebut ke Amerika. 

Carlton Drake iaitu tuan punya Life Foundation sentiasa cuba untuk memastikan ujiannya menggunakan makhluk asing simbiosis tersebut ke atas manusia berjaya dan mulanya dengan menggunakan orang-orang tidak berumah atau homeless. Eddie Brock mendapat maklumat berkenaan Life Foundation lepas dia skodeng emel tunangnya dan dia mula membuat temu ramah dengan Carlton Drake dalam Life Foundation dengan soalan-soalan ingin membongkar atau annoying dan natijah daripada tindakannya, tunangnya Anne Weying juga dibuang kerja dari Life Foundation dan selepas itu memutuskan tunang. 

Poster Venom versi Jepun
Maka bermulalah kehidupan Eddie Brock tanpa pekerjaan dalam keadaan yang lama. Sehinggalah dia menemui semula bekas rakan sekerja mantan tunangan dia dan ingin mendedahkan aktiviti-aktiviti di Life Foundation. Maka dia membawa Eddie masuk ke dalam bangunan Life Foundation untuk menyiasat tempat tersebut dan lepas tu Eddie..... haaaa takut spoiler melampau, korang pergilah ke pawagam berdekatan dengan anda. 

Rating: 4/5

Pelakon-pelakon:

1- Tom Hardy-Eddie Brock
2- Michelle Williams - Anne Weying
3- Riz Ahmed- Carlton Drake
4- Reid Scott- Dr. Dan Lewis

Jom layan trailer dia di bawah: