Saturday, December 29, 2018

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Khamis



Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan bermula esok sehingga Khamis ini.


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


Sementara itu, angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter turut diramal berlaku di kawasan perairan selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan, Labuan dan Sabah Barat bagi tempoh yang sama.


“Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya lagi.


- Bernama